Selain pemproses menjadi perhatian, UI Magic Honor 2.0 (berdasarkan Android 9 Pie) dan mempunyai sokongan untuk GPU Turbo 2.0 juga menjadi ciri yang tertarik untuk para gamers. Ciri ini bertujuan untuk memberikan prestasi yang lebih baik dan lebih stabil dalam permainan dengan membolehkan permainan mengambil peluang yang lebih baik daripada perkakasan. Prestasi permaianan sangat penting untuk GPU Turbo, tidak hanya melihat dari segi maximum dan purata framerates, kestabilan framerate juga penting agar tiada masalah lagging ketika bermain permainan.
Jadi kali ini kami akan berkongsi pengalaman bermain dua permainan mobile yang menjadi kegemaran orang Malaysia iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang.
Bermain PUBG Mobile di HONOR View20 boleh dikatakan hampir sempurna. Permainan yang sangat lancar dan sangat senang mengawal termasuk menggunakan gyroscope! Dari segi median FPS pada playthrough pertama hanya mencecah sehingga 40FPS. Kestabilan semasa permainan adalah sangat baik, ini kerana stabiliti FPS sangat rata untuk HONOR View20 ini.
Bagi ketetapan paparan permainan pula ditetapkan kepada grafik ‘HD ; Ultra’, kecerahan 100% lansung tiada masalah lagging ketika bermain! Untuk prestasi kapatasi bateri ketika bermain pula, dianggarkan pemain boleh bermain tanpa henti sehingga sekitar 5-6 jam.
Bagi permainan kedua yang kami uji adalah Mobile Legends: Bang Bang. Sama seperti PUBG Mobile, permainan ini juga sempurna dimainkan di HONOR View20.
Hampir tiada cacat cela, segi median FPS hanya mencecah 60 FPS! Stabiliti bagi permainan ini juga sangat lah lancar. Tiada masalah terkeluar dari mainan secara tiba-tiba, tiada masalah ‘ping internet’ menjadi tinggi dan tiada masalah lagging lansung. Pemain boleh memusnahkan pangkalan musuh dengan senang hati.
Framerate bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang di HONOR View20 turut memuaskan. Stability mencecah 98% dengan menggunakan grafik yang tinggi memang sangat memuaskan hati! Sama juga seperti PUBG Mobile, pemain boleh bermain sepuas hati hingga mencecah 5-6 jam.
Tangkapan gambar skrin dan tangkapan video skrin yang sangat jelas juga dapat diambil ketika bermain permainan ini. Ini antara hasilnya;
Secara ringkasannya, walaupun HONOR View20 tidak spesifik untuk menjadi sebuah ‘Gaming Phone’ seperti Razer Phone 2, ASUS ROG Phone ataupun Xiaomi Blackshark, pemain tegar permainan mobile pasti tidak akan kecewa denganya. Cipset Kirin 980 yang menjadi kekuatan bagi HONOR View20 sangat memuaskan hati. Tidak terlupa juga dengan paparan skrin yang luas dan disebalik hujung skrin yang luas itu turut terselit potongan kamera agar senang untuk pemain menikmati permainan dan berinteraksi secara ‘streaming’ bersama teman-teman di lama sosial.
Jadi untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh la melayari website HONOR dan jangan lupa untuk #HONORView20 jika nak kongsi pengalaman anda!
@gamersantaimy
Discussion about this post