Siapa peminat HONOR disini? Nampaknya ada berita baik daripada pihak HONOR! Dengan terujanya, pihak HONOR telah mengumumkan rebat tunai ‘CashBack’ untuk kesemua pelanggan bermula 27 April 2019 yang ingin membeli HONOR View 20 melalui online di laman web rasmi HONOR Malaysia http://hihonor.com/my
HONOR View20 yang dilancarkan di Paris awal tahun ini telah menjadi telefon pintar utama yang mempunyai 5 ciri yang sangat mengagumkan!
Serba sedikit mengenai spesifikasi HONOR View20;
- Kamera belakang 48MP,
- Kamera depan skrin 25MP,
- Teknologi Wi-Fi Antena Triple-Antenna,
- 7nm Kirin 980 AI chipset,
- Serta reka bentuk aurora nanotexture.
Di Malaysia, HONOR View20 tersedia dalam dua varian memori iaitu 6GB + 128GB dan 8GB + 256GB.
Pelanggan dapat menikmati jumlah rebat tunai sebanyak RM200 untuk setiap pembelian
HONOR View20 pada RM1999 (6GB + 128GB), yang terdapat dalam warna Biru Sapphire yang bergaya
dan Midnight Black yang canggih. Sementara itu, rebat tunai sebanyak RM300 akan diberikan kepada pelanggan untuk pembelian HONOR View20 pada RM2499 (8GB + 256GB), terdapat dalam warna Phantom Blue.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Malaysia, boleh la ke laman web rasmi HONOR di: http://hihonor.com/my,
atau ikuti perkembangan HONOR di laman Facebook:
rasmi https://www.facebook.com/HonorMY/
@gamersantaimy
Discussion about this post