Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hollow Knight: Silksong Umum Expansion Percuma “Sea of Sorrow”, Game Pertama Turut Datang Ke Switch 2!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 16, 2025
in Action, Artikel, Berita, DLC, GOG, Microsoft, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Hollow Knight: Silksong Umum Expansion Percuma “Sea of Sorrow”, Game Pertama Turut Datang Ke Switch 2!
Share on FacebookShare on Twitter

Team Cherry telah mendedahkan sebuah expansion percuma untuk Hollow Knight: Silksong, yang bertajuk “Sea of Sorrow.” DLC ini akan membuat pelancaran pada tahun 2026 dan akan tersedia kepada semua pemain tanpa sebarang kos. Berita ini hadir serentak dengan pencapaian bahawa Hollow Knight: Silksong telah terjual melebihi tujuh juta salinan.

“Pengembaraan Hornet bersambung dalam expansion bertemakan nautika kami, yang akan datang secara percuma untuk semua pemain tahun hadapan,” kata Team Cherry dalam satu kenyataan. “Kawasan baharu, boss, alatan, dan banyak lagi!” Walaupun butiran lanjut masih dirahsiakan buat masa ini, pihak pembangun berjanji bahawa lebih banyak maklumat akan dikeluarkan sejurus sebelum pelancaran expansion tersebut.

Team Cherry Holiday Sign-off! Hollow Knight: Silksong – Sea of Sorrow revealed, the original Hollow Knight refreshed, and more!

Read the blog post here: https://t.co/qK3JrtAXC3 pic.twitter.com/IqKGsiJQfW

— Team Cherry (@TeamCherryGames) December 16, 2025

Hollow Knight: Silksong kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Switch 2, PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC melalui Steam, GOG, dan Microsoft Store. Judul ini juga boleh diakses oleh pelanggan Game Pass.

Selain expansion untuk Silksong, Team Cherry juga mengumumkan Hollow Knight – Nintendo Switch 2 Edition, yang akan dilancarkan pada 2026. Versi yang ditambah baik ini akan menjadi upgrade percuma untuk semua pemilik sedia ada Hollow Knight di Nintendo Switch. Edisi Switch 2 ini akan menggabungkan “semua kemas kini dan penambahbaikan” yang diterima oleh Hollow Knight: Silksong untuk konsol baharu itu, termasuk mod high frame rate, resolusi lebih tinggi, dan kesan grafik tambahan.

Sebagai persediaan untuk pelancaran di Switch 2, pihak pembangun merancang untuk mengemas kini Hollow Knight yang asal pada semua platform semasa untuk menambah ciri-ciri baharu dan membaiki bug. Pemain PC sudah boleh mencuba “kebanyakan” kemas kini ini melalui versi public-beta di Steam dan GOG.

Ciri-ciri baharu yang kini tersedia dalam public beta termasuk:

  • Sokongan untuk resolusi 21:9 dan 16:10.
  • Game kini akan dijeda (pause) semasa berada dalam menu inventori.
  • Unity Input System yang dinaik taraf untuk sokongan controller yang lebih luas, dengan pilihan untuk masih menggunakan sistem asal.
  • Kesan dithering baharu dan pilihan untuk mengurangkan color banding.
  • Pembaikan untuk soft-lock di dalam bilik Grub di City of Tears.
  • Pelarasan pada ketinggian lantunan stagger Grey Prince Zote dan collider Great Slash milik Sly.
  • Salubra’s Blessing kini akan dinyahaktifkan selepas mencapai Soul maksimum.
  • Pergerakan map panning yang lebih lancar.
  • Pelbagai pembaikan dan penyesuaian kecil yang lain.

Hollow Knight kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC melalui Steam dan GOG.

Tags: DLCHollow Knight: Silksong
ShareTweetSend
Previous Post

LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight Akan Dilancarkan Mei 2026, Pra-Tempahan Kini Dibuka

Next Post

10 Game Paling Gagal & Mengecewakan Pada 2025, Menurut Metacritic!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
10 Game Paling Gagal & Mengecewakan Pada 2025, Menurut Metacritic!

10 Game Paling Gagal & Mengecewakan Pada 2025, Menurut Metacritic!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd