Warner Bros. Games and DC secara rasminya telah mengumumkan tarikh pelancaran sedunia LEGO Batman: Legacy of the Dark Knight pada 29 Mei 2026. Game action-adventure open-world ini bakal dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store. Pra-tempahan untuk edisi Standard dan Deluxe kini telah dibuka. Versi Nintendo Switch 2 juga sedang dalam pembangunan dan boleh dimasukkan ke dalam wishlist, di mana tarikh pelancarannya akan diumumkan nanti.
Pengumuman besar ini dibuat semasa The Game Awards, di mana tetamu istimewa, LEGO Batman sendiri, telah mempersembahkan trailer terbaharu secara langsung dari Batcave. Rakaman tersebut memberikan pandangan signifikan terhadap gameplay serta mempamerkan barisan watak hero yang boleh dimainkan dan watak-watak penjahat ikonik yang akan mereka hadapi.

Dibangunkan oleh TT Games, studio terkenal di sebalik game kegemaran ramai “LEGO Star Wars: The Skywalker Saga,” judul baharu ini menjanjikan pengalaman gaming LEGO Batman yang paling bercita-cita tinggi setakat ini. Game ini akan menampilkan kempen naratif yang meneroka keseluruhan perjalanan Bruce Wayne, dari latihan awalnya bersama League of Shadows sehinggalah menjadi pelindung legenda Gotham City.

Pemain akan membentuk Bat-family baharu bersama sekutu-sekutunya, dengan Robin, Nightwing, Batgirl, dan Catwoman menyertainya dalam perjuangan menuntut keadilan. Setiap watak akan dilengkapi dengan abiliti unik mereka sendiri, progression tree, combo, dan gadget istimewa, seperti line launcher milik Robin dan hackarang serba boleh milik Batgirl. Trailer itu juga mendedahkan barisan Super-Villains DC yang hebat, termasuk Two-Face, Poison Ivy, Firefly, dan Mr. Freeze, yang menyertai The Joker, The Penguin, Ra’s al Ghul, dan Bane.

Peminat akan dapat meneroka Gotham City yang luas menggunakan kenderaan ikonik seperti Batmobile dari Batman: The Animated Series dan Batpod dari filem The Dark Knight.

Sistem combat telah direka semula, mengambil inspirasi daripada siri Batman: Arkham yang terkenal untuk memberikan pengalaman yang lebih dinamik, sambil mengekalkan daya tarikan dan jenaka LEGO. Bagi mereka yang mencari cabaran yang lebih besar, game ini akan memperkenalkan mod kesukaran buat pertama kali dalam siri ini, termasuk “Dark Knight Mode” yang sangat mencabar.
Edisi Standard dan Deluxe
Edisi Standard merangkumi main story campaign, lebih 100 suit dan pakaian untuk setiap watak yang boleh dimainkan, lebih daripada 20 kenderaan, dan lebih 250 hiasan untuk diubah suai di Batcave. Pra-tempahan mana-mana edisi akan memberikan Batsuit “The Dark Knight Returns” semasa pelancaran.

Edisi Deluxe merangkumi semua kandungan standard serta koleksi tambahan. “Legacy Collection,” yang tersedia semasa pelancaran, menambah lebih 30 item menerusi tiga pek kandungan bertema: Pek Arkham Trilogy, Pek Batman Beyond, dan Pek Party Music. Dilancarkan pada September 2026, “Mayhem Collection” akan memperkenalkan “Mayhem Mode” baharu, misi cerita baharu, dan menjadikan The Joker serta Harley Quinn sebagai watak yang boleh dimainkan. Mereka yang membuat pra-tempahan Edisi Deluxe juga akan menerima akses awal 72 jam ke game ini, bermula pada 26 Mei 2026. Selain itu, pemain yang mencipta atau sudah memiliki akaun Warner Bros. Games boleh membuka Batsuit Golden Age klasik, berdasarkan penampilan sulung wira itu pada tahun 1939.

Bukan itu sahaja kerana melalui satu kolaborasi unik, empat set LEGO DC Batman baharu kini tersedia untuk pra-tempahan dan akan dilancarkan pada 1 Mac 2026. Setiap set akan menyertakan kod untuk kandungan digital eksklusif dalam game, seperti Batsuit emas dan varian keemasan Batmobile yang ikonik.









Discussion about this post