Microsoft Xbox kini dalam proses mengembangkan portfolio eksklusif dan permainan first-party sejak beberapa bulan kebelakangan ini di mana sejumlah khabar angin mula tersebar di internet mengenai perbincangan antara Microsoft dan Hideo Kojima untuk sebuah game eksklusif baru di pelantar Xbox.
Khabar angin tentang perbincangan itu bermula pada bulan April, di mana beberapa sumber mengatakan bahawa Sony telah menolak tawaran ini sebelum Kojima memulakan perbincangan dengan Microsoft. Laporan ini akhirnya disahkan oleh GamesBeat, yang mengatakan bahawa Xbox dan Kojima sama-sama menandatangani sejenis surat kerjasama. Surat ini bukanlah kontrak rasmi, tetapi menandakan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama.
GamesBeat juga melaporkan bahawa perbincangan ini sebenarny sudah berlangsung selama berbulan-bulan dan hampir muktamad sehingga Microsoft telah mula menyediakan sumber untuk menumpukan pada permainan baru oleh Kojima. Apakah kandungan permainan ini? Ramai tidak tahu tetapi ia Microsoft ingin membantu memupuk kreativiti Kojima dengan sumber daya yang tepat.
Hideo Kojima's deal with Xbox reaches key milestone https://t.co/ctu82KhQND by @jeffgrubb
— GamesBeat (@GamesBeat) July 1, 2021
Namun, sebilangan peminat tidak begitu gembira dengan berita ini. Seorang peminat sehingga membuat petisyen di Change.org supaya Kojima dan Xbox membatalkan kerjasama ini. Walaupun petisyen ini tidak meraih sambutan, ia memberi sedikit input tentang pandangan peminat kepada permainan baru Hideo Kojima.
Petisyen ini mempunyai mesej yang pendek tetapi jelas. Penyokong petisyen percaya bahawa Kojima bekerjasama dengan Microsoft kerana “tamak”, dan ingin dia kembali ke “pihak yang menang” – iaitu, Sony. Dalam erti kata lain, petisyen ini dibuat oleh pengguna PlayStation yang menyukai Kojima tetapi kecewa kerana mereka tidak dapat memainkan permainan ini di konsol pilihan mereka.
Apa pendapat anda? Adakah anda teruja untuk melihat Hideo Kojima bekerjasama dengan Microsoft Xbox? Untuk segala liputan kami tentang Xbox, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post