Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Henshin! Kedai Rasmi Kamen Rider Bakal Dibuka Di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 10, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Tempatan, Tokusatsu
0 0
0
Henshin! Kedai Rasmi Kamen Rider Bakal Dibuka Di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pertama kali, para peminat di Malaysia berpeluang untuk merasai Kedai Rasmi Kamen Rider yang bakal melancarkan acara pop-up untuk masa terhad di tengah-tengah ibu kota. Ruang niaga ini akan dibuka dari 17 Oktober hingga 7 Disember 2025, di INCUBASE Arena, yang terletak di Tingkat 2, Fahrenheit88 KL.

Acara ini menandakan satu pencapaian penting bagi komuniti tokusatsu tempatan. Walaupun barangan Kamen Rider telah lama boleh didapati melalui pelbagai saluran, ini merupakan acara jualan rasmi berskala besar pertama seumpamanya di Malaysia. Kedai pop-up ini didedikasikan sepenuhnya untuk francais tersebut, menawarkan koleksi pilihan barangan import Jepun yang rare dan barangan koleksi eksklusif yang biasanya sukar ditemui di pasaran tempatan.

Kedai ini menjanjikan barangan daripada seluruh sejarah francais—daripada era klasik Showa dan era Heisei yang digemari, sehinggalah siri Reiwa terkini. Bahan promosi menampilkan wira-wira ikonik seperti Zero-One, Saber, Revice, Geats, Gotchard, Gavv dan Rider terbaharu, ZEZTZ.

Gambar daripada pameran yang serupa di Hong Kong | Kredit: Incubase Studio Limited

Para pengunjung boleh menjangkakan pelbagai jenis produk asli yang diimport dari Jepun, termasuk:

  • Figura Edisi Terhad: Barangan koleksi yang sangat dicari seperti S.H.Figuarts.
  • Tali Pinggang Transformasi: Pilihan tali pinggang DX (deluxe) dan CSM (Complete Selection Modification).
  • Pakaian dan Aksesori: Kemeja-T, rantai kunci, poster dan barangan gaya hidup eksklusif yang lain.

Selain daripada barisan produk yang pelbagai, ruang pop-up ini juga berkemungkinan besar akan menyediakan zon pameran untuk peluang bergambar.

Gambar daripada pameran yang serupa di Hong Kong | Kredit: Incubase Studio Limited

Penjenamaan “Official Japan” menjamin ketulenan, dengan semua produk dilesenkan oleh pencipta francais iaitu Toei Company dan Ishimori Productions, serta barangan daripada Bandai yang diimport terus.

Para peminat dinasihatkan untuk mengikuti saluran media sosial rasmi INCUBASE Arena untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Kedai Rasmi Kamen Rider ini.

Tags: Kedai Rasmi Kamen RiderMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Duolingo Umum Siri Anime Pertama, Boleh Ditonton Secara Percuma

Next Post

Previu Europa Universalis V – Pandangan Pertama Untuk Sekuel Yang Ditunggu Selama 12 Tahun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Previu Europa Universalis V – Pandangan Pertama Untuk Sekuel Yang Ditunggu Selama 12 Tahun

Previu Europa Universalis V - Pandangan Pertama Untuk Sekuel Yang Ditunggu Selama 12 Tahun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd