Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Duolingo Umum Siri Anime Pertama, Boleh Ditonton Secara Percuma

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 10, 2025
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Duolingo Umum Siri Anime Pertama, Boleh Ditonton Secara Percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi pembelajaran bahasa paling popular di dunia dengan lebih 1.2 bilion pengguna, Duolingo, kini mengorak langkah ke dalam industri animasi dengan mengumumkan siri anime pertama yang diberi judul The Final Test.

Animasi ini memaparkan maskot ikoniknya, seekor burung hantu hijau yang dikenali sebagai Duo, dan akan membuat siaran perdana di YouTube rasmi Duolingo pada 13 Oktober 2025.

Siri The Final Test akan menceritakan kisah permulaan Duo bersama ‘mangsa-mangsanya’ sebelum dia dikenali sebagai “penjaga streak,” gelaran yang diilhamkan daripada ciri aktiviti harian dalam aplikasi Duolingo. Jalan ceritanya akan mengikuti Duo yang menugaskan sekumpulan ‘mangsa’ untuk menghadapi pelbagai ujian penuh bahaya.

Mereka perlu berjuang untuk menyelamatkan streak dan pada masa yang sama, melindungi nyawa ahli pasukan.

Projek animasi ini dihasilkan melalui kolaborasi bersama Titmouse, sebuah studio animasi dari Los Angeles. Studio ini dikenali ramai melalui penghasilan karya-karya seperti Big Mouth (Netflix), Metalocalypse (Adult Swim), Star Trek: Lower Decks (Paramount+), dan The Legend of Vox Machina (Amazon Prime Video).

Siri ini akan merangkumi lima episod secara keseluruhan dan bakal disiarkan sepenuhnya dalam bahasa Jepun. Walau bagaimanapun, sari kata akan disediakan dalam sembilan pilihan bahasa, iaitu Inggeris, Sepanyol, Portugis, Perancis, Jerman, Hindi, Jepun, Korea, dan Thai.

Penerbitan anime ini dilihat sebagai strategi Duolingo untuk bersandarkan pada imej pemasarannya yang sering tular dan terkenal dengan meme. Watak Duo sendiri telah menjadi satu fenomena internet, khususnya kerana notifikasi yang sering dianggap ‘mengancam’ pengguna untuk menyiapkan latihan harian.

Sikap Duo yang tidak mudah mengalah ini telah melahirkan pelbagai jenaka dan meme dalam talian. Siri anime ini mengadaptasi humor tersebut dengan memaparkan pembelajaran bahasa sebagai satu pertarungan hidup atau mati, selari dengan gurauan bahawa Duo akan ‘menculik’ mereka yang malas belajar.

Tags: animeDuolingo
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS ProArt P16 Lancar Di Malaysia, Dilengkapi GeForce RTX 50 & ASUS Lumina Pro OLED – Harga Bermula RM 12,999

Next Post

Henshin! Kedai Rasmi Kamen Rider Bakal Dibuka Di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Henshin! Kedai Rasmi Kamen Rider Bakal Dibuka Di Malaysia!

Henshin! Kedai Rasmi Kamen Rider Bakal Dibuka Di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd