Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Hanya game bagus akan muncul di muka depan Steam” – Sesi bincang bersama Valve!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2023
in Artikel, Berita, Industri, PC, Steam
0 0
0
“Hanya game bagus akan muncul di muka depan Steam” – Sesi bincang bersama Valve!
Share on FacebookShare on Twitter

Bak kata Erik Peterson selaku Ketua Pembangunan Perniagaan di Valve, pemaju tidak boleh menggunakan wang untuk menyakinkan/merasuah Valve supaya boleh memasarkan game mereka di muka depan Steam, khususnya di bahagian “Featured“.

Erik Peterson selaku Ketua Pembangunan Perniagaan di Valve

Dalam perbincangan panel hari ini, beliau menjelaskan bahawa hanya game yang bagus sahaja akan masuk dalam senarai “Featured” di Steam. Sebaliknya, pemaju perlu memasarkan game mereka melalui cara lain, seperti Steam Next Fest atau acara bertema seperti Publisher Weekend.

Kredit: Steam

Untuk memastikan komitmen Steam terhadap pencarian organik, beliau berkata platform itu tidak menerima apa-apa jenis wang untuk bantu memasarkan game di senarai Featured.

“Ini bukan Pay-to-Win”, jelasnya.

Sebaliknya, Peterson menjelaskan bahawa inni adalah satu cara untuk membuatkan keadaan menjadi seimbang dan tidak bergantung pada wang atau “bentuk bayaran lain” demi mencari kejayaan.

“Kami beri respon terhadap minat pemain”, katanya.

Kredit: Valve

Peterson turut menjelaskan beberapa hal lain tentang Steam, seperti purata bahasa yang digunakan oleh pemain.

Menurutnya, Simplified Chinese ialah bahasa kedua paling banyak digunakan di Steam, di mana 26% total pemain memilih bahasa itu – hampir tiga kali ganda lebih banyak daripada bahasa Rusia (yang merupakan ketiga paling popular).

Pada masa yang sama, beliau juga menjelaskan keputusan Steam baru-baru ini untuk menyokong Bahasa Indonesia.

“Terdapat lebih 1000 game dengan sokongan bahasa Indonesia, kami rasa itu cool”, katanya.

Selain itu, Peterson menekankan kepentingan Early Access di Steam, dengan mengatakan bahawa lebih kurang 30% game jenis “Featured” sama ada akan baru sahaja memasuki/meninggalkan fasa Early Access.

“Ia adalah bukti kepada konsep game yang sedang dibangunkan bahawa 30% daripada game paling popular akan memasuki atau meninggalkan Early Access”, katanya.

Akhir sekali, beliau juga memberi maklumat tentang ciri akan datang – yang disediakan oleh Valve – untuk pembangun di Steam; iaitu menunjukkan sama ada game itu mempunyai sokongan untuk Dualshock atau DualSense, dengan ikon visual kecil untuk melambangkan setiap controller.


Untuk membaca segala berita kami berkaitan Steam, sila tekan pautan ini.

Tags: industristeamValve
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Santai di Konsert Distant Worlds: Final Fantasy di Singapura!

Next Post

Solo Leveling Akan Hadir dengan Adaptasi Live Action Korea!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Solo Leveling Akan Hadir dengan Adaptasi Live Action Korea!

Solo Leveling Akan Hadir dengan Adaptasi Live Action Korea!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd