Jika korang tak kenal dengan IP Granblue Fantasy, ia adalah francais mobile JRPG yang sangat-sangat terkenal di Jepun dan diciptakan oleh Cygames. Granblue Fantasy mengandungi jalan cerita yang dalam dan nilai produksi berkualiti tinggi termasuk rekaan oleh Hideo Minaba dan muzik oleh Nobuo Uematsu. Selain itu, Granblue Fantasy merupakan antara mobile game yang terbesar di rantau ini dengan muat turun lebih daripada 3 juta.
Saya rasa itu cukup tentang Granblue Fantasy secara umum. Sekarang bagi saya jelaskan tentang Granblue Fantasy Versus. Granblue Fantasy Versus pula ialah fighting game 2.5D yang dihasilkan oleh Arc System Works dan diterbit oleh Cygames. Sudah semestinya game ini berdasarkan game JRPG yang sama iaitu Granblue Fantasy dan kini sudah dirancang untuk keluar di PlayStation 4 pada tahun ini.
Saya memang tidak terkejutlah apabila syarikat ibu siri ini, Cygames ingin cuba dan kembangkan francais mereka daripada mobile ke console.
Peralihan daripada Mobile ke Console
Disebabkan francais Granblue ialah IP terbesar milik Cygames, mereka ingin memberi nafas baru kepada industri console gaming dengan keluaran-keluaran terbaru daripada judul mobile mereka yang terkenal ini seperti Granblue Fantasy: Versus dan Granblue Fantasy: Relink. Granblue Fantasy: Versus merupakan langkah pertama Cygames ke pelantar console dan sebagai balasan, mereka berharap untuk memperkenal siri ini kepada pelbagai pemain-pemain baru.
Ramai orang yang bermain game di mobile tidak mempunyai banyak pengalaman apabila bermain di console. Di sini, Cygames ingin menunjukkan kepada generasi muda betapa seronoknya bermain di console juga. Pada masa yang sama, Cygames juga ingin memperkenalkan siri Granblue Fantasy kepada pemain yang tidak berapa kenal dengan versi mobile-nya.
Berterima kasih kepada populariti francais Granblue, saya amat yakin perkara ini boleh dicapai.
Daripada Gacha ke layar 3D
Sudah lama Granblue Fantasy menjadi game yang memberi fokus kepada gacha. Game gacha pula bermaksud permainan video yang menyesuaikan diri dan menggambarkan mekanik gacha (mesin yang mengedarkan permainan kapsul).
Granblue Fantasy mempunyai ramai pilihan karakter yang terkenal dan sangat disayangi. Ini ialah satu aset yang penting tetapi akan menjadi satu isu kerana hampir mustahil untuk kesemua watak ini muncul di dalam Granblue Fantasy: Versus. Perkara ini mungkin akan menjadi berita sedih buat sesetengah peminat kerana watak kegemaran mereka tidak disertakan sekali di dalam game.
Versus ialah game yang lebih memberi tumpuan kepada karakter. Disebabkan Versus ialah fighting game, metod untuk memilih karakter juga berbeza. Sebagai contoh, satu faktor yang penting ialah bagaimana pemain akan rasa seronok atau puas hati apabila bermain menggunakan watak tersebut. Terlalu banyak ruang untuk memperkenalkan lebih ramai watak-watak unik atau watak yang tidak relevan kepada jalan cerita utama di Granblue tetapi mempunyai fanbase yang besar.
Buat masa ini, hanya tujuh watak telah disahkan boleh bermain:
- Gran
- Katalina
- Charlotta
- Lancelot
- Ferry
- Lowain
- Ladiva
Sistem Pertempuran yang mudah untuk Beginner
Granblue Fantasy Versus diinspirasikan oleh judul mobile-nya. Hal ini membuat Arc System Works lebih fokus tentang bagaimana untuk membuat game ini lebih terbuka untuk pemain baru. Hasilnya ialah sebuah sistem pertempuran yang mudah untuk belajar dan tidak membebankan pemain baru. Granblue Fantasy Versus tidak mempunyai sistem heavy combo yang rumit dan kebolehan Super boleh dilaksanakan dengan hanya menekan satu butang sahaja.
Walaubagaimanapun, game ini mempunyai mekanik yang lebih mendalam untuk belajar dan menarik minat komuniti yang mahukan fighting game yang lebih intense. Kelajuan setiap watak berbeza apabila melakukan combo dan aerial combo hanya boleh dilaksanakn pada situasi-situasi tertentu.
Arc System Works sudahpun ada pengalaman apabila menghasilkan Dragon Ball FighterZ. Tiada apa untuk pemain hardcore fighting game risau pun kalau mengenai aspek sistem pertempuran. Walaupun dengan hanya mekanik combo yang simple, Arc System Works berjaya membuktikan bahawa mereka mampu menghasilkan satu fighting game yang berkualiti tinggi yang mudah diakses dan juga hardcore pada masa serentak.
Satu lagi perkara penting yang pemain baru harus tahu. Jalan cerita Granblue Fantasy Versus berbeza dan berpecah daripada jalan cerita Granblue Fantasy utama. Kedua-dua pemain baru dan lama masih boleh menikmati jalan cerita ini tanpa perlu risau ketinggalan. Tambahan pula, game ini mempunyai online support untuk perlawanan ranked dan antara pemain lain.
Kesimpulan
Setiap pemain pasti pernah merasa satu game JRPG yang kekal di ingatan mereka kan. Tujuan Granblue Fantasy: Versus adalah untuk mengumpulkan kesemua memori berharga itu kedalam satu pakej sambil memberikan satu penambahan moden.
Jika kamu ingat saat-saat seronok sambil bermain game ini, saya sarankan anda cuba bermain Granblue Fantasy: Versus. Boleh didapati di PlayStation 4 bermula sekarang dan berada di fasa closed beta yang diadakan pada waktu-waktu berbeza selama tempoh dua hari. Sebuah survey juga disediakan ketika fasa closed beta untuk peserta memberi dan meluahkan pendapat mereka supaya developer boleh menambahbaikan Granblue Fantasy Versus.
Jadual Closed Beta
[GMT]- 31 MEI
- 9 AM – 2 PM
- 1 Jun
- 1 AM – 6 AM
- 4 PM – 9 PM
Game ini hanya boleh dimainkan di PlayStation 4 pada waktu-waktu berikut dan waktu bermula dan tamat mungkin akan berbeza daripada jadual di atas. Sementara masih ada peluang untuk merasa, saya sarankan pemain semua untuk sertai pengalaman terbaru Granblue Fantasy!
@gamersantaimy
Discussion about this post