Apa itu Dreams?
Tiada game yang ada di luar sana sama seperti ini. Dreams Universe adalah sebuah game di mana pemain boleh mengembara dan alami sendiri proses menghasilkan dan merekacipta persekitaran dunia sendiri. Ia dibangunkan oleh Media Molecule dan matlamatnya ialah untuk memberikan pemain bermain dengan development tools ala-ala game engine Unreal atau Unity, tetapi korang boleh ubah sendiri dari digital audio, animasi, dan juga merekabentuk watak yang diidamkan. Jangan risau kalau korang bukan seorang game designer, korang boleh jadi guru sekolah ataupun content creator dan masih boleh menghasilkan apa-apa pun mengikut kreativiti sendiri dan berkongsi dengan pemain lain dalam dunia Dreams. Ini adalah pengalaman bermain dari sudut pandangan seekor haiwan, Hamster Goreng.
Permulaan Game
Pertama sekali, korang akan diperkenalkan dengan imp. Seperti di atas, ia adalah bebola berbulu dengan antena di atasnya, yang akan berfungsi sebagai penggerak sepanjang game ini. Ia akan berinteraksi dengan dunia korang, menyeret, bergerak dan meletakkan item dengan menggunakan controller PS4 (atau PSVR). Imp juga akan digunakan untuk posess watak-watak yang terdapat dalam Dreams. Semasa korang sedang melakukan apa-apa creation, korang akan dibantu oleh video pengajaran yang mempunyai button replay dan fast-forward.
Sistem Development Tools
Terdapat banyak alat yang korang boleh gunakan, tapi sudah tentu, ia adalah lebih rumit daripada itu, dengan keupayaan untuk mengubah dari segi smoothness, menambah animasi dan beberapa ciri lain yang mungkin mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri. Walaupun dengan tutorial yang baik, Dreams terlalu push korang keluar dari zon selesa sedikit terlalu awal, meninggalkan korang untuk memikirkan beberapa alat dan pembolehubah yang boleh dilakukan pada diri sendiri. Selepas tamat tutorial, pemain boleh bermain dengan tools untuk biasakan diri sendiri. Penting juga, korang untuk mengingat combo button, contohnya seperti clone, untuk memudahkan proses pembangunan item, dengan menekan L1 dan R1 pada objek, untuk tiru item tersebut.
Technically, sistem control adalah mudah digunakan, dan dengannya, korang boleh menghasilkan satu persekitaran dari dalam beberapa minit atau jam. Sistem tools bagaimanapun adalah berbeza. Korang harus menekan satu per satu untuk memahami bagaimana setiap daripadanya berfungsi, dan ini mengambil masa yang sangat lama kerana korang harus membiasakan diri. Mungkin kalau ada masa yang banyak, penulis boleh get used dengan tools. Setiap daripada tools itu membolehkan korang membuat objek, sculpting dari scratch, mewarna, dan banyak lagi.
Muzik/Animasi
Perkara yang sama berlaku untuk mewujudkan muzik kita sendiri, memerlukan tahapnya sendiri.. Molecule Media mempunyai elemen pra-fabrikasi seperti ketukan bass dan beberapa tracks lain. Dreams juga memasukkan instrumen yang disintesis di mana korang boleh gunakan suara untuk merakam muzik sendiri. Permainan ini menyediakan grid yang mewakili alat, dan korang akan mengawal controller pada grid itu, bersama dengan butang yang ditekan, untuk menghasilkan bunyi tertentu. Sebaik sahaja korang mendapat sense mengenai butang dan ruang yang membuat notes diingini, korang boleh merakam suara melakukan satu muzik, dan kemudiannya boleh terus masuk ke dalam game. Penulis bagaimanapun tidak explore penuh bab animasi, kerana ia perlukan lebih masa jadi, bolehlah terus lihat penulis hasilkan dunia sendiri.
Melawat Dunia Orang Lain
Sebagai permulaan Dreams, korang dibenarkan untuk bermain dengan ciptaan orang lain, di mana game ini menawarkan keupayaan untuk mencari pengguna serta item tertentu, jika korang sangat sukakan gaya atau kebolehan seseorang, boleh terus copy item mereka masuk ke dalam dunia korang sendiri. Bukan sahaja menjimatkan masa, tapi ia lebih senang, untuk mengambil beberapa item yang telah mereka hasilkan.
Sebahagian daripada hiburan bermain permainan orang lain adalah apabila kita sendiri mengetahui mereka menggunakan alat yang sama seperti kita. Terdapat permainan teka-teki mudah, prototype 3D Bomberman dan penulis sendiri juga dapat bermain Death Stranding dengan lebih awal dalam Dreams ini. Sejujurnya, setelah melihat hasil komuniti Dreams, ia mencabar korang untuk menghasilkan sesuatu. Semua yang anda lihat dalam Dreams, telah dicipta menggunakan alat yang sama yang tersedia. Ia akan mengambil masa yang lama untuk menguasai mereka, tetapi setelah melihat creation semua orang, penulis berminat untuk memulakannya.
Apa yang telah dicipta?
I loathe to describe myself in third-person, tapi sebenarnya penulis adalah seorang yang kreatif, dan tahu potensi diri sendiri. Penulis boleh berimaginasi ke satu tahap yang mungkin orang tak faham kenapa boleh berfikir macam tu. Tapi dalam Dreams, dengan tools yang sedikit wonky, penulis terpaksa limitkan imaginasi, dan menghasilkan apa yang terlintas di fikiran sewaktu itu. Dalam video di atas, penulis menghasilkan sebuah rumah dan jalan, beserta kolam… tanpa sebab. Dan ia dibantu dengan mengambil item dari dunia orang lain – memudahkan kerja. Ianya tidak siap sepenuhnya, walaupun setelah berjam-jam memerhatikan skrin dengan mengerakkan controller PS4 ini.
Adakah rasa bersalah mengambil stamp dari dunia orang lain? Tidak. Semua ciptaan Dreams dimuat naik ke dalam Dreams Universe, yang pada dasarnya adalah matlamat Molecule Media, iaitu untuk mengambil apa yang harus dilakukan oleh Internet: ruang komuniti yang penuh dengan positivity, sharing, dan kolaborasi. Sebaik sahaja korang menjumpai ciptaan yang korang suka, boleh terus ditambah masuk ke dalam koleksi, kemudian ke pilihan lain. Penulis telah menghabiskan berjam-jam membuat sesuatu dari scratch, tapi dengan cara ini, ia memudahkan kerja serta menjimatkan masa malah, mereka memberi inspirasi untuk hasilkan sesuatu! Penulis menggunakan tools yang simple, yang boleh diedit, tanpa perlu risau ianya jadi benda lain kerana terdapat juga button untuk redo.
Konklusi
Satu-satunya halangan yang menghalang korang daripada menghasilkan sesuatu yang cool di dalam Dreams adalah ciri-cirinya yang perlu dibiasakan (mengambil masa!) dan imaginasi korang. Dreams boleh dikatakan suatu platform untuk korang mengawal mimpi menjadi realiti. Korang boleh hasilkan watak-watak impian, malah korang juga boleh berjalan-jalan menggunakan imps untuk memindahkan objek. Selain itu, boleh mengakses menu yang akan membawa korang ke pelbagai dunia penciptaan, di mana ia berfungsi sebagai tangan digital, melihat kreativiti orang lain dan memberikan inspirasi kepada diri sendiri. Penulis sendiri telah meluangkan berjam-jam menghasilkan sesuatu, dan ianya berfungsi, walaupun tak sebagus yang diingini. Ia sememangnya game yang perlukan komitmen tinggi untuk memahami sistem tools serta melakukan sesuatu daripada scratch. Game ini tersedia untuk dimainkan pada platform PS4.
@gamersantaimy
The Review
Dreams
Untuk minda yang kreatif, tapi memakan masa!
PROS
- Sesuai sesiapa yang kreatif dan ingin hasilkan game sendiri
- Tidak terhadkan imaginasi
- Mengembara creation orang lain dan bermain dalamnya
- Hasilkan sesuatu from scratch, termasuklah animasi, suara dan watak sendiri!
CONS
- Sistem tools yang agak rumit
- Mengambil masa yang lama untuk membiasakan diri
- Sistem imp yang perlu digerakkan selalu
Discussion about this post