Hari ini, Gearbox Publishing mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan pengembangan dan kemaskini percuma untuk Godfall di PlayStation 4. Pengguna PS4 kini boleh bermain bersama pemain dari PlayStation 5 melalui PlayStation Network untuk mengatasi pengembangan baru Godfall, iaitu Fire & Darkness! Anda boleh lihat trailernya di bawah
Ketua Pegawai Eksekutif Counterplay Games menyatakan bahawa mereka sangat gembira dengan sambutan dari komuniti PlayStation untuk Godfall, dan kini akan menyambut lebih ramai pemain ke dunia Aperion melalui PS4. Beliau menganggap Godfall adalah projek yang sangat menarik dan mempunyai cita-cita yang tinggi, serta selalu menerima maklum balas pemain, terutama untuk bab ini. Dengan penambahan dan peningkatan di Fire & Darkness serta Lightbringer, ini adalah masa yang tepat untuk kedua-dua platform ini bergabung bermain di Godfall!
Godfall Deluxe dan Ascended Edition kini di PS4!
Godfall berlaku di Aperion, sebuah kawasan di tebing runtuhan. Pemain adalah pahlawan Valorian terakhir, dianggap pejuang seperti dewa yang mampu menggunakan Valorplates, iaitu set perisai legenda untuk menjadikan pemakainya mahir pertempuran melee. Anda akan menggunakan senjata ini untuk memanjat elemen alam Aprion, menewaskan musuh dan menentang dewa Makro yang menanti di puncak Skybreaker Monolith.
Kandungan ini akan mempunyai:
- Godfall termasuk kemaskini Lightbringer, dan semua kemaskini sebelumnya.
- Boleh dimainkan secara cross-gen, pemain PS4 dan PS5 bekerjasama dalam kandungan Campaign dan end game.
- Peningkatan percuma untuk pemain PS4 setelah beralih ke PS5.
- Pengembangan Fire & Darkness.
- Ascended Edition merangkumi tiga varian emas kosmetik, lima senjata kosmetik, banner coop, varian perisai emas, papan nama lobi multiplayer, varian Vertigo oren, serta akses ke pengembangan Fire & Darkness.
- Edisi Deluxe berharga $59.99 (anggaran RM254.03) dan Edisi Ascended $69.99 (anggaran RM296.37).
Kemaskini Lightbringer – Percuma untuk semua pemain Godfall
Cahaya The Seventh Sanctum telah terperangkap dan pahlawan paling kuat diperlukan untuk membebaskannya. Anda perlu membina kekuatan yang cukup untuk menghadapi kegelapan dan pemain akan menemui Three Tears untuk digunakan semasa menentangnya. Setelah mengumpul Three Tears, mereka akan diberi peluang untuk menerima Curse, dan semakin banyak dikumpul maka watak bakal menjadi lebih kuat. Fasa akhir mod akan membolehkan pemain melawan kombinasi musuh yang belum pernah ada sebelum ini.
Kandungan ini akan mempunyai:
- Beta End game matchmaking, dimana pemain boleh berjuang bersama rakan mereka dan menghadapi cabaran end game paling sukar di Godfall dengan sistem online matchmaking PvE tiga pemain untuk Ascended Tower of Trials dan mod Lightbringer.
- Lebih dari 40 item loot baru yang memberikan kelebihan pada pemain, jika mereka menghadapi cabaran untuk mengangkat Curse dan membuka potensi penuh item
Godfall kini tersedia di PS 4 bersama kandungan Fire & Darkness! Anda boleh dapatkannya di PlayStation Store sekarang! Untuk membaca segala liputan kami mengenai Godfall, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post