Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Geralt kembali! Netflix mengumumkan prekuel siri – The Witcher: Blood Origin!

Henry Cavill sekali lagi akan datang menggoda siaran Netflix korang!

Nyny.A by Nyny.A
July 28, 2020
in Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Geralt kembali! Netflix mengumumkan prekuel siri – The Witcher: Blood Origin!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix secara rasmi mengumumkan The Witcher: Blood Origin, sebuah siri bagi meneruskan prekuel dunia The Witcher.

Blood Origin akan ada 6 bahagian, siri terhad aksi lansung dan merupakan siri prekuel The Witcher sebelum ini. Terletak di dunia elven 1,200 tahun sebelum dunia The Witcher, siri ini akan memaparkan asal-usul Witcher pertama dan peristiwa yang membawa kepada “penyatuan sfera” yang penting, ketika dunia raksasa, lelaki dan elve bergabung menjadi satu.

1200 years before Geralt of Rivia, the worlds of monsters, men and elves merged into one, and the first Witcher came to be.

Announcing The Witcher: Blood Origin, a 6 part live-action The Witcher spin-off series from Declan de Barra and Lauren Schmidt Hissrich.

— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) July 27, 2020

Siri ini dikatakan akan membuat penggambaran di United Kingdom dan pelakon serta tarikh rasmi tayangan masih belum didedahkan. Declan de Barra akan bertindak sebagai penerbit eksekutif dan showrunner manakala Lauren Schmidt Hissrich akan bertindak sebagai pengeluar eksekutif. Andrzej Sapkowski akan menjadi perunding kreatif dalam siri ini. Jason Brown dan Sean Daniel dari Hivemind, serta Tomek Baginski dan Jarek Sawko dari Platige Films semuanya akan berfungsi sebagai procer eksekutif.

Henry Cavill membintangi The Witcher, rancangan Netflix yang kedua paling banyak ditonton pada tahun 2019. Siri ini mencatatkan 76 juta tontonan di seluruh dunia dalam empat minggu pertama.

Ever wondered how the first Witcher came to be?

Announcing The Witcher: Blood Origin, a 6 part, live action The Witcher spinoff series, set in the 1200 years prior to its story. Brought to you by Declan de Barra and Lauren Schmidt Hissrich. https://t.co/He0LIILHbv

— The Witcher (@witchernetflix) July 27, 2020

“Sebagai seorang peminat setia dalam cerita fantasi, saya sangat teruja untuk menceritakan mengenai The Witcher: Blood Origin. Satu persoalan telah berlegar di ikiran saya sejak saya pertama kali membaca buku The Witcher, Apa sebenarnya yang diperlihatkan dalam dunia Elven sebelum bencana dengan kedatangan manusia? Saya sering berfantasi dengan kebangkitan dan kejatuhan tamadun, bagaimana sains, penemuan dan budaya berkembang tepat sebelum kejatuhan itu. Betapa banyak pengetahuan yang hilang selama-lamanya dalam waktu yang singkat, sering diburukkan dengan penjajahan dan penulisan semula sejarah. Meninggalkan hanya serpihan kisah benar peradaban. The Witcher: Blood Origin akan menceritakan kisah peradaban Elven sebelum kejatuhannya, dan yang paling penting mengungkapkan sejarah terlupa Witcher pertama.”

-Declan de Barra

Lauren Schmidt Hissrich juga menambah:

“Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengan Declan dan pasukan Netflix di The Witcher: Blood Origin. Ini adalah cabaran yang menarik untuk meneroka dan memperluas alam semesta The Witcher yang diciptakan oleh Andrzej Sapkowski dan kami tidak sabar untuk memperkenalkan peminat kepada watak baru dan kisah asal yang akan memperkaya dunia magis dan mitos kita. “

Pada Januari lalu, Netflix telah mengumumkan sebuah spin-off animasi yang bertajuk The Witcher: Nightmare Of The Wolf, dimana ianya mengfokuskan pada cerita asal mentor Geralt dan rakan Witcher Vesemir.

Sumber: Comic Book

Tags: geraltnetflixThe WitcherThe Witcher: Blood Origin
Previous Post

Kemas kini terbaru Ghost of Tsushima bikin game lagi susah! Mode “lethal” diperkenalkan!

Next Post

Peminat DC? Sertai acara virtual DC FanDome untuk segala berita eksklusif & hadiah-hadiah menarik!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Peminat DC? Sertai acara virtual DC FanDome untuk segala berita eksklusif & hadiah-hadiah menarik!

Peminat DC? Sertai acara virtual DC FanDome untuk segala berita eksklusif & hadiah-hadiah menarik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd