Baru sahaja musim pertama siri aksi live The Witcher episod ke-8nya habis, kini ada pula berita hangat terbaru yang dikongsikan sendiri oleh Netflix! Siapa tidak tahu, hasil kejayaan siri musim pertama The Witcher menjadi satu kejayaan dengan banyak penonton.
The Witcher merupakan kisah Geralt seorang pemburu raksasa yang diadaptasi dari siri buku dan permainan videonya. Kini, Netflix yang juga platform streaming produksi media dalam talian telah mengumumkan bahawa mereka sedang menghasilkan satu projek besar untuk The Witcher. Yang dimaksudkan adalah filem The Witcher versi anime kini dalam pembikinan dan diberikan tajuk “The Witcher: Nightmare of the Wolf“ dan akan melihat “ancaman baru yang dihadapi Benua yang tidak didedahkan“.
The rumors are true, a new Witcher story is in the works! The anime film, The Witcher: Nightmare of the Wolf, will take us back to a new threat facing the Continent. Brought to you by the Witcher team @LHissrich and @BeauDeMayo, and Studio Mir the studio behind Legend of Korra.
— NX (@NXOnNetflix) January 22, 2020
Netflix menyatakan bahawa filem ini akan dikendalikan oleh Studio Mir yang juga studio animasi disebalik The Legend of Korra dari pasukan Lauren S. Hissrich dan Beau DeMayo yang juga merupakan penerbit dan penulis siri aksi live akan terlibat. Jika mereka lah yang membuat filem animasi The Witcher ini, sudah pasti hasilnya akan menjadi sangat tertarik!
Menurut dan berdasarkan butiran awal, tiada banyak pekara lagi yang didedahkan. Masih tiada sebarang petunjuk bila permulaan projeknya atau bila dijangkakan filem itu akan ditayangkan di udara. Episod terakhir The Witcher dalam aksi live tergantung dengan kesudahan Ciri yang baru berjumpa dengan Geralt, dan Netflix akan memulakan pegambaran musim kedua bermula Februari ini dan mungkin ia akan ditayangkan dalam hujung tahun ini juga ataupun tahun 2021.
Sama ada meggunakan pelakon yang sama dari siri aksi live seperti Henry Cavill, Anya Chalotra, Freya Allan dan Joey Batey untuk alih suara watak dalam filem anime mengikut watak masing-masing ataupun menggunakan pelakon lain, itu semua masih menjadi tanda tanya. Harap-harap dalam masa terdekat Netflix akan mengumumkan lebih lanjut mengenai projek filem anime ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post