Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

gamescom asia 2024: Apa Yang Boleh Nantikan Di Acara Gaming Terbesar Asia Tenggara?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Cosplay, Demo, Game, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
gamescom asia 2024: Apa Yang Boleh Nantikan Di Acara Gaming Terbesar Asia Tenggara?
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas edisi yang mendebarkan pada tahun 2023, gamescom asia akan kembali dari 17 hingga 20 Oktober 2024 di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre. Dengan lebih 150 pempamer dan dijangka menarik 40,000 pengunjung dari seluruh Asia Tenggara dan luar, tahun ini menjanjikan untuk menjadi lebih besar dan lebih hebat, menyatukan seluruh komuniti gaming di bawah satu bumbung.

Kredit: gamescom asia

Acara tahun lepas menyaksikan empat hari yang tidak dapat dilupakan di mana industri gaming Asia Tenggara menjadi tumpuan utama. Dari judul AAA ke permata indie, pertandingan cosplay, dan pertarungan esports, gamescom asia 2023 meninggalkan peminat dengan banyak memori. Tahun ini, acara tersebut sekali lagi akan menyediakan program penuh aksi yang mempamerkan yang terbaik dari dunia gaming. Berikut adalah sedikit gambaran tentang apa yang menanti.

Entertainment Expo

Kredit: gamescom asia

Rasakan pengalaman penuh dalam dunia gaming di Entertainment Expo, di mana permainan video terkini, perkakasan, dan barangan akan dipamerkan sepenuhnya. Sama ada anda pemain kasual atau peminat tegar, inilah peluang anda untuk meneroka, mengalami, dan berinteraksi dengan perkembangan paling menarik dalam industri ini. Daripada keluaran terbaru hingga judul indie terhangat, gamescom asia 2024 menawarkan sesuatu untuk semua.

CAPCOM Pro Tour: Pertarungan Street Fighter 6

Peminat Street Fighter 6, bersiaplah! CAPCOM Pro Tour (CPT) kembali sebagai destinasi kompetitif utama untuk pemain di seluruh dunia, dan tahun ini, Singapura akan menjadi tuan rumah salah satu acara Super Premier musim ini. Dengan jumlah hadiah sebanyak $18,400, persaingan dijangka sengit, apabila dua pemenang teratas dari Super Premier Singapura akan layak ke Capcom Cup 11. Nantikan aksi mendebarkan, gameplay bertaraf tinggi, dan perayaan bagi segala-galanya yang menjadikan Street Fighter sebuah fenomena global.

Indie Area

Bersama dengan Indie Wavemakers, Indie Area akan memberi tumpuan kepada game indie terkini dan terbaik dari seluruh dunia. Pembangun indie yang bercita-cita tinggi dan peminat indie akan menemui platform untuk mempamerkan ciptaan mereka dan mendapatkan pendedahan kepada pasaran baharu. gamescom asia terus menyokong pencipta bebas, dan inilah tempat yang sempurna untuk menemui permata tersembunyi dan idea inovatif yang mendesak had pembangunan permainan video.

Main Stage

Main Stage akan menjadi pusat keseronokan dengan kemunculan tetamu, persembahan langsung, dan kandungan eksklusif. Jangan ketinggalan Takayuki Nakayama dan Shuhei Matsumoto, Pengarah dan Penerbit Street Fighter 6, yang mengajak permain untuk beradu sekali. Ryōzō Tsujimoto, penerbit Monster Hunter Wilds, juga akan membuat penampilan untuk membincangkan tentang game terbaru sambil memburu dengan peminat, manakala SHIHORI, sensasi J-pop, akan membuat persembahan langsung, menambah elemen muzik yang memeriahkan acara ini.

Sorotan Hari Sabtu, 19 Oktober 2024

  • Here Come the Challengers! bersama Takayuki Nakayama dan Shuhei Matsumoto, Pengarah dan Penerbit Street Fighter 6, Capcom
  • Let’s Play Monster Hunter Wilds! bersama Ryōzō Tsujimoto, Penerbit Monster Hunter Wilds, Capcom
  • Persembahan Langsung oleh SHIHORI, Penyanyi-Penulis Lagu J-pop

Sorotan Hari Ahad, 20 Oktober 2024

  • Cosplay Runway Competition – Raikan cosplayer paling kreatif dalam pertandingan runway epik.

Retro Game dan Board Game

Peminat permainan klasik akan menikmati pengalaman di Retro Games Area. Hidupkan kembali era keemasan gaming dengan mesin arked retro dan pinball klasik, sementara Board Games Area menawarkan perjalanan yang tidak dapat dilupakan ke dalam dunia permainan papan. Dengan lebih daripada 100 permainan papan dari Asia, kawasan ini akan menjadi syurga bagi pemain yang mencari cabaran berbeza.

Sesi Meet & Greet

Ingin bertemu dengan tokoh penting di sebalik game kegemaran anda? Meet & Greet Area memberi peluang untuk berhubung dengan ikon gaming seperti Andrew Wincott, pelakon suara pemenang BAFTA di sebalik Raphael dari Baldur’s Gate 3; Ryōzō Tsujimoto, penerbit Monster Hunter Wilds, dan SHIHORI, penyanyi-penulis lagu berbakat dari Jepun yang bertanggungjawab untuk pelbagai anime popular.

Bukan mereka sahaja, beberapa cosplayer terkenal turut akan hadir sekali untuk bersapa dengan peminat termasuk Xiaoyu (Xiaoyukiko), Roxanne Kho & Zackt, dan Charess.

Sama ada anda peminat lakonan suara, cosplay, atau pembangunan game, inilah peluang anda untuk merakam gambar selfie, berbual dengan idola anda, dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Cosplay

Tiada konvensyen gaming yang lengkap tanpa cosplay luar biasa, dan gamescom asia tidak terkecuali. Datanglah berpakaian seperti watak kegemaran anda dan sertai keseronokan, atau kagum dengan kreativiti dan dedikasi para cosplayer dari seluruh dunia. Jangan lupa menyaksikan Cosplay Competition, di mana yang terbaik akan bersaing untuk mahkota.

Primetime dan Steam Festival

Rasakan hype dengan gamescom asia Primetime, acara pembukaan rasmi yang distrim secara dalam talian dengan trailer game, persembahan indie, dan berita-berita istimewa. Keseronokan tidak sahaja di situ—peminat juga boleh menyertai Steam Festival, di mana anda boleh mencuba game dari acara tersebut, menambah kegemaran anda ke dalam wishlist, dan juga mendapat tawaran eksklusif. Inilah peluang anda untuk meneroka dan berinteraksi dengan game baharu dan menarik dari spektrum gaming.


Jika berminat, anda boleh mendapatkan tiket gamescom asia sekarang melalui laman web rasmi!

  • Tiket Satu Hari
    • Tiket Superfan: SGD55
    • Tiket Online : SGD19
    • Tiket Di Tapak Acara: SGD25
Tags: gamescom asia 2024
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS24] Merangka Masa Depan Palworld: Interviu Bersama Bucky dari PocketPair

Next Post

AirAsia, SEGA & ATLUS Bergabung – Terbang Tinggi Bersama Sonic dan Persona 5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
AirAsia, SEGA & ATLUS Bergabung – Terbang Tinggi Bersama Sonic dan Persona 5!

AirAsia, SEGA & ATLUS Bergabung - Terbang Tinggi Bersama Sonic dan Persona 5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd