Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Suka game roguelike? Download Dungeon of the Endless Sekarang – Kini Percuma di Steam!

safwan by safwan
July 25, 2023 - Updated on July 26, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game Percuma, PC, Steam, Tajaan
0 0
0
Suka game roguelike? Download Dungeon of the Endless Sekarang – Kini Percuma di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan acara Endless Summer yang sedang diadakan oleh Amplitude Studios, mereka kini sedang memberikan Dungeon of the Endless secara PERCUMA di Steam sehingga 27 Julai 2023.

Dungeon of the Endless merupakan sebuah game roguelike tower defense, yang dibangunkan oleh Amplitude Studios. Secara umum, pemain akan bermain sebagai salah satu survivor yang melarikan diri daripada penjara di kapal angkasa menggunakan spacepod, lalu terhempas ke permukaan planet asing.

Untuk melarikan diri dari planet durjana ini, anda mesti mendapatkan kristal tenaga dengan meneroka sejumlah tingkat misteri di mana setiap satu dipenuhi dengan pelbagai makhluk unik tapi berbahaya. Sepanjang perjalanan, pemain akan mengumpul sumber bagi membuka bilik, membina pertahanan demi menghalang serangan musuh, menguatkan watak dan macam-macam lagi.

Kredit: Amplitude Studios
Kredit: Amplitude Studios

Setiap tingkat dijana secara rawak, jadi setiap pengalaman adalah perbezaan dan bagaimana anda hidup ditentukan oleh perbuatan anda sendiri. Jadi alang-alang game ini ditawarkan secara percuma, jangan lupa untuk ajak rakan-rakan bermain sekali memandangkan ia menyokong 4-player multiplayer co-op!

Sebagai tambahan, hero baru bernama Comrade Oruz turut ditambah dalam game! Merupakan seorang Remnant, manusia buatan yang dicipta untuk berkhidmat kepada makhluk purba misteri yang dikenali sebagai Endless. Comrade akan melaksanakan apa-apa jenis tugas — dan akan membunuh apa-apa jenis makhluk, lantas menjadikannya pembunuh upahan yang baik.

Pemberian Dungeon of the Endless ini juga merupakan satu inisiatif untuk pemain bersedia sebelum pelancaran sekuelnya iaitu Endless Dungeon yang akan dikeluarkan pada 19 Oktober 2023 di Steam.

Endless Dungeon adalah sebuah game Tactical Action Rogue-lite yang ditetapkan dalam Endless Universe. Rekrut pasukan hero yang karam, terjun ke stesen angkasa yang telah lama ditinggalkan, dan lindungi kristal anda daripada gelombang raksasa yang tidak berkesudahan atau mati mencuba. Berikut adalah ciri-ciri penting Endless Dungeon:

  • Pelbagai pilihan senjata dan infrastuktur defensif untuk mempertahankan diri
  • Bermain secara Solo atau Co-op bersama kawan
  • Bina pasukan terkuat daripada pelbagai watak
  • Raksasa, rahsia dan harta karun menanti anda
  • Lebih banyak kali anda mati, lebih banyak anda akan berkembang

Daripada segi perubahan, sekuel ini akan menumpukan lebih perhatian kepada bahagian aksi berbanding game dahulu. Kemajuan strategik dan pengurusan sumber masih akan memainkan peranan besar, cuma pemajunya Amplitude, sedang meneroka cara berbeza untuk melakukan sesuatu yang lebih menarik kali ini bersama beberapa kejutan istimewa untuk peminat lama!

Dengan penambahbaikan pada visual, lebih banyak pilihan baru untuk bertahan hidup, variasi level yang lagi unik dan watak-watak baru, pengembaraan yang lagi menarik menanti anda tidak lama lagi!

Kredit: Amplitude Studios
Kredit: Amplitude Studios

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Dungeon of the Endless boleh didapatkan secara PERCUMA bermula 25 Julai sehingga 27 Julai 2023 di Steam, jadi sila tebus selagi ada peluang!

Artikel ini dibuat bersama kerjasama Epicsoft Asia. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Dungeon of the EndlessEndless DungeonEndless Summer
ShareTweetSend
Previous Post

Review Nubia Neo 5G – Bawah RM1000, boleh urus selera gaming anda!

Next Post

Preview Armored Core VI Fires of Rubicon – Macam Dark Souls tapi versi mecha!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Preview Armored Core VI Fires of Rubicon – Macam Dark Souls tapi versi mecha!

Preview Armored Core VI Fires of Rubicon - Macam Dark Souls tapi versi mecha!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd