PlayStation Store kini sedang mengadakan dua jualan promosi, iaitu Hot Deals dan Indie, dimana anda boleh mendapatkan game-game yang diinginkan dengan potongan harga berbaloi! Untuk tawaran game Indie , PS Store memberikan potongan harga sehingga 80% untuk game terpilih yang pastinya anda ingin dapatkan. Manakala tawaran Hot Deals, terdapat 219 game hebat seperti The Witcher 3: Wild Hunt, BattleField V dan Scarlet Nexus! Jualan promosi ini sudah pun bermula, dan akan berakhir pada 1 September nanti!
Kepada semua pengguna PS4, ini adalah peluang untuk anda mendapatkan permainan baru. Jika anda mempunyai duit lebih untuk belanjakan, ini adalah masa yang tepat untuk anda melihat permainan apa yang menarik didapatkan. Jadi tanpa membuang masa, jom tengok senarai game menarik yang kami cadangkan untuk anda!
Hot Deals
- The Witcher 3: Wild Hunt – RM33.80
- BattleField V – RM23.52
- Ghost Recon Breakpoint – RM59.75
- Bloodborne The Old Hunters Edition – RM55.60
- Assassin’s Creed Syndicate – Digital Gold Edition – RM52.75
- Assassin’s Creed Odyssey – Digital Deluxe Edition – RM59.20
- NARUTO SHIPPUDEN: Ultimate Ninja STORM 4 Road to Boruto – RM39.80
- GOD EATER 3 – RM47.80
- JOJO’S BIZARRE ADVENTURE : Eyes of Heaven – RM42.00
- Full Metal Panic! Fight! Who Dares Wins – RM54.15
Indies
- Wasteland 3 – RM106.00
- Haven (PS4/PS5) – RM69.30
- Tour de France 2021 (PS5) – RM135.85
- Dakar 18 – RM59.80
- Magicka 2: Special Edition – RM21.25
Selain itu, PS Store juga menawarkan potongan harga sebanyak 30% untuk game JRPG Scarlet Nexus yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Jun lepas. Edisi Standard game ini kini berharga RM167.30, dan edisi Deluxe pula berharga RM209.30! Tawaran harga ini akan berlangsung sehingga 25 Ogos 2021, dan anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan Scarlet Nexus.
Anda juga boleh layari laman web PlayStation Store untuk melihat pelbagai lagi permainan menarik yang boleh didapati di jualan Hot Deals dan Indie. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, dapatkan salah satu game dari senarai tersebut sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post