Hari ini di acara Pokemon Present, mereka telah melancarkan sebuah trailer baru untuk Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl dengan mendedahkan beberapa ciri gameplay baru yang akan tiba di game tersebut. Pemain juga boleh membawa Pokemon berjalan bersama untuk menemani mereka sambil meneroka seluruh wilayah Sinnoh! Anda boleh lihat trailer gameplay tersebut di bawah.
Berdasarkan trailer gameplay yang dikongsi, Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl akan menghasilkan semula pelbagai ciri dari game asal, termasuk permainan mini yang luar biasa seperti Pokemon Super Contest. Anda juga boleh menjelajah di Underground yang memiliki pelbagai minigame untuk dicuba dan membina secret base di bawah tanah. Malah, pemain juga akan dapat membuat penyesuaian pakaian kepada trainer mereka, serta mengubahsuai Poke Ball menggunakan sticker untuk memberi kesan visual apabila memanggil Pokemon keluar!
Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl adalah remake dari game Pokemon Diamond serta Pearl yang dilancarkan untuk Nintendo DS pada tahun 2007. Anda akan bermain di wilayah Sinnoh dan diberi pilihan untuk memilih salah satu dari tiga Pokemon starter, iaitu Piplup, Chimchar dan Turtwig di permulaan game. Sebelum ini, The Pokemon Company telah mendedahkan cover art untuk game Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl yang menampilkan rendering dari dua Pokemon legenda, iaitu Dialga dan Palkia.
Tambahan pula, semasa acara ini berlangsung, mereka telah mendedahkan Nintendo Switch Lite edisi khas Dialga dan Palkia yang akan mula dijual pada 5 November 2021 sempena pelancaran game tersebut. Rekaan Switch Lite ini ditampilkan dalam versi warna hitam, dengan bahagian belakang dihiasi garisan besar menyerupai Dialga berwarna perak dan Palkia berwarna emas yang menjadi Pokemon legenda di dalam Brilliant Diamond/Shining Pearl.
Pra-pesanan untuk Pokemon Brilliant Diamond/Shining Pearl telah pun dibuka di Nintendo eShop bermula hari ini! Ia akan mula dilancarkan pada 19 November 2021 sebagai remake untuk Pokemon Diamond dan Pearl. Untuk membaca segala liputan berkaitan game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post