Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game percuma PS Plus untuk November 2021 didedahkan, sebanyak 6 game untuk cuba!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 29, 2021
in Artikel, Berita, Game Percuma, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Game percuma PS Plus untuk November 2021 didedahkan, sebanyak 6 game untuk cuba!
0
SHARES
240
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pelanggan PS Plus biasanya akan menerima hanya tiga game percuma setiap bulan, tetapi untuk November 2021, tawaran ini termasuk tiga tambahan bonus. Senarai kali ini termasuk dua game cross-gen yang akan tersedia di kedua-dua PS4 dan PS5, dua game PS4 dan dua game PlayStation VR untuk total enam game PS Plus percuma bagi bulan November 2021.

Menurut PlayStation Blog, antara judul yang ditawarkan termasuk First Class Trouble (PS4 dan PS5), Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning (PS4) dan Knockout City (PS4 dan PS5). First Class Trouble ialah game “social deduction” ala-ala Among Us, manakala Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning adalah remaster untuk sebuah RPG-aksi popular dari generasi lalu. Selain itu, Knockout City ialah game “online multiplayer” tentang sukan dodgeball ekstrem manakala The Sexy Brutale ialah game teka-teki di mana pemain ditugaskan untuk meneroka rumah agam selepas terperangkap dalam time-loop.

Berikut adalah senarai penuh game percuma PS Plus pada November 2021:

  • First Class Trouble (PS4/PS5)
  • Kingdoms of Amalur: Re-Reckoning (PS4)
  • Knockout City (PS4/PS5)
  • The Sexy Brutale (PS4)
  • The Persistence (PSVR)
  • Until You Fall (PSVR)

Bagi game PlayStation VR percuma, peminat boleh menantikan The Persistence dan Until You Fall. The Persistence ialah ” first-person horror roguelike” di mana pemain perlu melawan segerombolan mutan manakala Until You Fall pula memberi pengalaman “hack-and-slash roguelike” untuk pengguna menguji kemahiran mereka.

Sebagai peringatan, jangan lupa untuk menebus game multiplayer shooter Hell Let Loose, golf simulator PGA Tour 2K21 dan Mortal Kombat X ke perpustakaan permainan anda. Ketiga-tiga game tersebut akan meninggalkan PlayStation Plus pada hari Isnin, 1 November.

Pada masa yang sama, Sony juga mengumumkan Seize the Throne, sebuah acara komuniti baharu dengan matlamat untuk menonjolkan kuasa gaming, serta menyatukan setiap pemain di seluruh dunia melalui pengalaman serba baru. Apa yang menarik adalah kita boleh memenangi pelbagai jenis hadiah termasuk konsol PS5 baru jika bernasib baik.

Untuk segala liputan kami tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.

Tags: Game Percumaps plusPS4ps5vr
Previous Post

Digimon Survive secara rasmi ditangguhkan ke 2022!

Next Post

Pokémon Unite umumkan tarikh tamat untuk musim pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Pokémon Unite umumkan tarikh tamat untuk musim pertama!

Pokémon Unite umumkan tarikh tamat untuk musim pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd