Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Survive secara rasmi ditangguhkan ke 2022!

Maira by Maira
October 29, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Digimon Survive secara rasmi ditangguhkan ke 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Digimon Survive secara rasmi telah ditangguhkan hingga 2022, penerbit Kazumasa Habu dan Bandai Namco mengumumkan minggu ini. Pengumuman mengenai penangguhan terbaru yang melanda permainan ini mengikuti sebuah laporan kewangan dari awal tahun yang menunjukkan bahawa permainan itu sememangnya tidak tersenarai untuk pelepasan 2021. Tarikh pelepasan yang tepat tidak pernah diumumkan sebelum ini dan nampaknya permainan itu akan dilepaskan pada tahun depan.

Mereka yang menunggu Digimon Survive nampaknya sudah biasa dengan pengumuman penangguhan ini apabila ia mula ditangguhkan dari 2019 ke 2020 dan sekali lagi 2020 hingga 2021. Dengan berbaki beberapa bulan lagi untuk tahun 2022 dan masih tiada tarikh rasmi pelancaran, sudah semestinya ramai sudah menjangka pengumuman penangguhan baru seperti yang dikongsi dalam tweet di bawah dari Habu semalam.

#Digimon fans, please read this message from Digimon Game Producer, Habu Kazumasa: pic.twitter.com/EH9FONY1MP

— Digimon Games (@digimon_games) October 28, 2021

“Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan anda untuk Digimon Survive,” kata kenyataan Habu. “Matlamat asal kami adalah untuk melancarkan Digimon Survive pada 2021. Walau bagaimanapun, disebabkan pembangunan permainan ini memerlukan lebih masa, jadi tarikh pelepasannya ditunda ke 2022. Walaupun ini bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat, kami mahu memastikan masa tambahan yang digunakan ini untuk meningkatkan kualiti permainan.”

Kenyataan Habu terus mengatakan bahawa pasukan pembangun sedang berusaha sekeras mungkin untuk permainan dan meminta sekali lagi agar peminat bersabar semasa pembangunan masih dijalankan. Kemas kini dan maklumat lanjut mengenai permainan ini mungkin akan dikongsikan pada masa akan datang.

Berita mengenai Digimon Survive agak sedikit selama beberapa bulan ini. Peminat Digimon sebelum ini mengetahui tentang watak baru, kisah dan aspek lain dalam permainan tetapi perkara seperti itu tidak berlaku sejak kebelakangan ini. Tweet terbaru tentang permainan ini daripda akaun DigimonGames sebelum pengumuman terbaru ini ialah berita mengenai penangguhan permainan ke 2021.

RelatedPosts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

Digimon Survive belum lagi mempunyai tarikh pelepasan tetapi dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun 2022. Ia dirancang untuk dikeluarkan pada platform PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.

Sumber: Comicbook

Tags: Bandai NamcoDigimon Survive
Previous Post

Tales of Luminaria akan dilancarkan pada November ini!

Next Post

Game percuma PS Plus untuk November 2021 didedahkan, sebanyak 6 game untuk cuba!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Game percuma PS Plus untuk November 2021 didedahkan, sebanyak 6 game untuk cuba!

Game percuma PS Plus untuk November 2021 didedahkan, sebanyak 6 game untuk cuba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd