Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game percuma PS Plus Disember 2022 didedahkan – Divine Knockout, Mass Effect & Biomutant!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 1, 2022
in Artikel, Berita, DLC percuma, Game, Game Percuma, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Game percuma PS Plus Disember 2022 didedahkan – Divine Knockout, Mass Effect & Biomutant!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, PlayStation Asia telah mendedahkan game percuma PlayStation Plus (PS Plus) untuk Disember 2022 iaitu Divine Knockout: Founder’s Edition, Mass Effect Legendary Edition dan Biomutant. Ketiga-tiga game ini akan tersedia untuk ahli PlayStation Plus Essential, Extra dan Deluxe bermula Selasa, 6 Disember hingga Isnin 2 Januari.

Berikut adalah rumusan setiap game:

Divine Knockout: Founder’s Edition | PS4, PS5

Bakal dilancarkan terus ke PlayStation Plus, game ‘third-person platform fighter’ ini mengharuskan kita menewaskan musuh dalam sebuah arena unik sebagai seorang dewa. Pilih daripada salah satu daripada 10 dewa termasuk Hercules, Thor dan lain-lain.

Cuba Arcade 3v3 dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai mode menarik, atau berlawan dalam mode Duels 1v1 dan 2v2 yang lebih kompetitif. Versi ‘Founder’s Edition’ membuka kandungan bonus untuk DKO, serta skin menginspirasikan DKO daripada Smite.

Mass Effect Legendary Edition | PS4

Alami semula kisah Commander Shepard dengan Mass Effect Legendary Edition. Mempunyai kempen asas single-player dan lebih 40 DLC daripada Mass Effect, Mass Effect 2 dan Mass Effect 3, termasuk senjata promo, perisai dan pek — game ini telah direka semula dan dioptimumkan untuk 4K Ultra HD.

Alami dunia Mass Effect di mana keputusan yang anda buat akan mempengaruhi kesimpulan cerita.

Biomutant | PS4, PS5

Campurkan gameplay pertarungan jarak dekat, menembak dan aksi mutan dalam RPG kung-fu open world ini. “Sejenis watak telah memusnahkan dunia. Puak telah berpecah belah. Terokai dunia yang berada di ambang kemusnahan dan tentukan nasibnya – adakah anda boleh menjadi penyelamatnya atau membawanya ke takdir yang lebih gelap?”

Ubah rupa dan playstyle anda, campur dan padankan bahagian-bahagian penting untuk mencipta senjata pilihan seperti revolver, rifle, shotgun dan banyak lagi. Semuanya di tangan anda.

Versi PS5 menampilkan sokongan 4K dan HDR serta tiga mod grafik berbeza.


Buat masa ini, ahli PS Plus mempunyai masa sehingga Isnin, 5 Disember 2022 untuk menebus Nioh 2, Lego Harry Potter Collection, Heavenly Bodies ke library. Selepas tempoh itu tamat, ia akan digantikan dengan senarai game di atas.

Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.

Tags: BiomutantDivine KnockoutMass Effectps plus
Previous Post

Infinity Nikki diumumkan, game open-world dress-up bakal tiba di PS4, PS5, PC dan Mobile!

Next Post

Sonic Frontiers umum pelan DLC 2023 – Knuckles, Tails & Amy jadi playable character!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Sonic Frontiers umum pelan DLC 2023 – Knuckles, Tails & Amy jadi playable character!

Sonic Frontiers umum pelan DLC 2023 - Knuckles, Tails & Amy jadi playable character!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd