gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Berita

Infinity Nikki diumumkan, game open-world dress-up bakal tiba di PS4, PS5, PC dan Mobile!

safwan by safwan
December 1, 2022
in Adventure, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, PS4, PS5
0 0
0
Infinity Nikki diumumkan, game open-world dress-up bakal tiba di PS4, PS5, PC dan Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan baru-baru ini, Infinity Nikki merupakan sebuah game adventure baru yang menggabungkan genre open-world dan dress-up. Game ini dibangunkan oleh Papergames dan bakal dilancarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, PC dan Mobile termasuk iOS dan Android.

Dalam game ini, anda akan bermain sebagai Nikki untuk mengembara dunia fantasi Miraland yang cukup luas bersama Momo. Setiap pakaian yang anda pakai akan memberikan kuasa yang berbeza. Jika lihat video pengumuman, mereka telah mendedahkan yang terdapat beberapa baju yang mempunyai fungsinya tersendiri seperti “glide” dan ada juga yang boleh membesar atau mengecilkan badan.

Dari segi grafik yang ditampilkan dalam video tersebut, saya nampak yang mereka telah bertungkus lumus untuk memberikan grafik yang secantik mungkin. Tambah pula dengan tema “dress-up”, saya rasa baju yang ditampikan semuanya nampak sangat terperinci dengan jenis kain yang digunakan. Persekitaran juga nampak sangat menarik untuk diterokai.

Buat masa sekarang, masih banyak lagi maklumat mengenai game ini belum didedahkan. Tarikh pelancaran juga belum diketahui.

Kalau korang nak tahu, ini adalah game ketiga dalam francais Nikki oleh Papergames. Sebelum ini mereka telah mengeluarkan Shinik Nikki, Miracle Nikki dan Nikki UP2U World Traveller yang hanya boleh didapatkan di iOS dan juga Android.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa game yang dibangunkan oleh Papergames iaitu Infinity Nikki akan dikeluarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, PC dan Mobile termasuk iOS serta Android. Apapun, game ini nampak sangat menarik dan mari kita sama-sama nantikan perkembangannya pada masa akan datang.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: Infinity NikkiPapergames
Previous Post

Jujutsu Kaisen kalahkan One Piece, jadi ‘best-selling manga’ untuk 2022

Next Post

Game percuma PS Plus Disember 2022 didedahkan – Divine Knockout, Mass Effect & Biomutant!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

vivo X90 Series — X90 dan X90 Pro Tersedia di Malaysia Secara Rasmi! Harga Bermula RM3699!
Smartphone

vivo X90 Series — X90 dan X90 Pro Tersedia di Malaysia Secara Rasmi! Harga Bermula RM3699!

February 3, 2023
Siri The Last of Us lari kena kecam online, mempunyai adegan “gay bercium”!
Movie/siri

Siri The Last of Us lari kena kecam online, mempunyai adegan “gay bercium”!

February 3, 2023
Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]
Fakta & Trivia

Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]

February 3, 2023
Next Post
Game percuma PS Plus Disember 2022 didedahkan – Divine Knockout, Mass Effect & Biomutant!

Game percuma PS Plus Disember 2022 didedahkan - Divine Knockout, Mass Effect & Biomutant!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Antara filem yang dinanti-nantikan pada tahun 2023 di Malaysia!

Antara filem yang dinanti-nantikan pada tahun 2023 di Malaysia!

by safwan
February 2, 2023
0

Selepas beransur dari fasa pandemik pada tahun lepas, kita telah melihat dunia hiburan yang semakin riuh dengan pelbagai filem ditayangkan...

Rehat Mengejut! Tiada Bab Baru Manga My Hero Academia Selama Dua minggu!

Rehat Mengejut! Tiada Bab Baru Manga My Hero Academia Selama Dua minggu!

by Maira
February 2, 2023
0

Minggu lepas, manga My Hero Academia telah kembalikan Shigaraki setelah dia diambil alih oleh All For One sekejap. Peminat memang...

Koleksi UT UNIQLO Attack on Titan Akan Tersedia di Malaysia 20 Mac ini!

Koleksi UT UNIQLO Attack on Titan Akan Tersedia di Malaysia 20 Mac ini!

by Maira
February 2, 2023
0

UNIQLO akan mengeluarkan Koleksi UT terbaru dengan kolaborasi siri anime popular, Attack on Titan. Terdapat lapan reka bentuk yang anda...

‘SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake’ kini tersedia di Switch, PC, PS4 & XB1 – Selamatkan Bikini Bottom!

‘SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake’ kini tersedia di Switch, PC, PS4 & XB1 – Selamatkan Bikini Bottom!

by Razin Syafiq
February 1, 2023
0

Siap sedia untuk menyelamatkan Bikini Bottom dalam game 'platforming adventure' serba baharu, SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake oleh THQ Nordic -...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In