Acara tahunan eFootball World Festival anjuran KONAMI telah melabuhkan tirai di Bangkok pada hujung minggu lalu. Selain memahkotakan dua juara dunia baharu, KONAMI turut mengumumkan pelbagai ganjaran Kad Legend percuma yang boleh ditebus bermula hari ini, di samping kemas kini besar-besaran pada bulan Ogos.
Kad Legend Percuma: Sergio Agüero Bersama Wayne Rooney
Antara berita paling besar ialah kemunculan ikon Manchester City, Sergio Agüero. Beliau hadir menerusi kempen “Epic: Legends Assemble Special” dengan dua finishing skill: Blitz Curve dan Low Screamer.
Pemain yang log masuk ke eFootball boleh terus menebus Selection Contract percuma untuk memilih Agüero atau salah seorang daripada 10 Legend hebat lain yang ditawarkan.

Ikon England, Wayne Rooney, turut membuat kemunculan dengan versi yang dinaik taraf. Rooney ini dilengkapi dua player skill baharu (Phenomenal Finish dan Willpower)) serta peningkatan kekal +3 boost pada statistik shooting. Selain itu, pemain boleh mendapatkan satu lagi Kad Legend percuma dengan menyelesaikan objektif di hub kempen khas dalam game.

Bermula hari ini juga, KONAMI menganjurkan acara bingo yang dikenali sebagai Treasure Link. Hanya dengan log masuk dan bermain perlawanan online, anda boleh meraih serta berkongsi ganjaran khas mengikut tahap Special, Rare, dan Normal.


Kemas Kini Besar-Besaran Menyusul Ogos 2026
Bagi pemain yang inginkan kawalan taktikal lebih terperinci di atas padang, KONAMI berkongsi kemas kini utama yang akan tiba bulan depan:
- Custom Tournament Mode: Pemain boleh menganjurkan kejohanan sendiri dengan menetapkan peraturan khas, format kumpulan, dan jadual peringkat kalah mati untuk perlawanan persahabatan mahupun liga komuniti.

- Team Style “Overload”: Gaya permainan taktikal baharu yang mengarahkan pemain merapatkan kedudukan di bahagian padang di mana bola berada. Semasa menyerang, ini memberi lebih banyak pilihan hantaran untuk mengekalkan kawalan bola. Apabila bertahan pula, formasi ini memudahkan pasukan membuat pressing dan merampas bola dengan cepat.

- Attack/Defence Specific Formation: Pemain tidak lagi terikat dengan satu susunan taktikal sahaja. Anda boleh menetapkan formasi khusus semasa menyerang, dan formasi yang berbeza sepenuhnya apabila bertahan.

- Manager dengan Dual Link-Up: Apabila musim baharu bermula, manager gred tinggi akan hadir dengan dua Link-Up boost berbeza berbanding hanya satu sebelum ini.

Brazil Sapu Bersih eFootball Championship 2026 World Finals

- Console Division (PS5): Pemain profesional Brazil, FUTEASY_10, dinobatkan sebagai juara dunia selepas menewaskan veteran Itali, ETTORITO, di pentas akhir.
- Mobile Division: Rakan senegara, Rentao, merangkul gelaran juara kategori mudah alih selepas mengalahkan YASSINE ETTADLAOUI.
Pemain di Malaysia boleh terus log masuk hari ini menerusi peranti mobile, konsol, atau PC untuk menebus ganjaran percuma dan menikmati acara baharu Treasure Link.








Discussion about this post