Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-Pendaftaran Monster Hunter Outlanders Kini Dibuka Melalui Garena

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 27, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Pra-Pendaftaran Monster Hunter Outlanders Kini Dibuka Melalui Garena
Share on FacebookShare on Twitter

Garena telah membuka pra-pendaftaran untuk Monster Hunter Outlanders di rantau Asia Tenggara, khusus buat pemain di Malaysia, Singapura, dan Filipina.

Dibangunkan bersama oleh TiMi Studio Group dengan penyeliaan Capcom, game free-to-play ini membawa aksi Monster Hunter ke peranti mobile anda. Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum diumumkan, pembukaan pra-pendaftaran menandakan bahawa game ini semakin hampir untuk pelancaran penuh.

Monster Hunter Outlanders berlaku di sebuah benua luas bernama Aesoland. Di sini, pemain boleh meneroka pelbagai bentuk muka bumi, memburu raksasa liar, mengumpul sumber, dan menghasilkan gear baharu. Selain raksasa ikonik seperti Rathalos, Anjanath, dan Kulu-Ya-Ku, game ini turut memperkenalkan “Radiant Species”; iaitu variasi raksasa yang lebih agresif akibat kesan mineral di persekitaran.

Bagi melancarkan penerokaan open-world, elemen “survival crafting” turut diserapkan. Pemain boleh membina alatan di medan lawan (seperti launcher, zipline, dan stesen gliding) untuk bergerak di sekitar peta dan mendapatkan kelebihan taktikal semasa memburu.

Kawalan combat juga telah dipermudahkan untuk skrin sentuh, membolehkan pemain melancarkan combo senjata menerusi satu tekanan butang sahaja, tanpa mengorbankan aksi real-time yang menjadi identiti siri ini.

Protagonis utama sudah tentu adalah watak Hunter ciptaan kita sendiri, tetapi pemain boleh dibantu oleh sejumlah hunter lain yang digelar sebagai “Adventurer”. Setiap Adventurer dilengkapi jenis senjata dan playstyle sendiri. Sebanyak sembilan watak Adventurer akan tersedia semasa pelancaran dan boleh didapati menerusi gacha.

Untuk sesi memburu, pemain boleh menyertai mod online co-op bersama tiga pemain lain. Jika lebih suka bermain secara solo, watak NPC Adventurer boleh melengkapkan ruang kosong dalam pasukan.

Selain itu, kita tidak akan berjuang sendirian. Di samping Palico, Outlanders turut memperkenalkan dua spesies Buddy baharu untuk membantu di medan lawan:

  • Trillan: Makhluk menyerupai burung asli dari Aesoland.
  • Rutaco: Peneman baharu dengan skil serta abiliti yang unik.

Garena turut menganjurkan kempen pra-pendaftaran dengan pelbagai ganjaran sekiranya sasaran pendaftaran tercapai. Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk 20x Standard Contract dan SR Adventurer Raya.

Pemain di Malaysia yang mahu merebut ganjaran pelancaran ini boleh mendaftar sekarang di laman web rasmi Monster Hunter Outlanders Garena atau ikuti perkembangan terkini menerusi halaman Facebook rasmi mereka.

Tags: Monster Hunter Outlanders
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Black Panther 3 Akan Tayang Disember 2028; David Jonsson Pegang Watak Anak T’Challa

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Filem Black Panther 3 Akan Tayang Disember 2028; David Jonsson Pegang Watak Anak T’Challa
Filem

Filem Black Panther 3 Akan Tayang Disember 2028; David Jonsson Pegang Watak Anak T’Challa

July 27, 2026
Ryan Gosling Sertai MCU Sebagai Ghost Rider Untuk Filem 2028
Filem

Ryan Gosling Sertai MCU Sebagai Ghost Rider Untuk Filem 2028

July 27, 2026
God of War Laufey Tiba 16 Februari 2027; Sekuel Kratos Dalam Pembangunan
PS5

God of War Laufey Tiba 16 Februari 2027; Sekuel Kratos Dalam Pembangunan

July 27, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd