Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Guilty Gear Sah Dapat Adaptasi Anime Sendiri!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Game Guilty Gear Sah Dapat Adaptasi Anime Sendiri!
Share on FacebookShare on Twitter

Arc System Works mengumumkan hari ini bahawa fighting game popular Guilty Gear Strive akan menerima adaptasi siri anime bertajuk Guilty Gear Strive: Dual Rulers.

【LET’S ROCK❗】

『#ギルティギア』シリーズ
TVアニメ化が決定❗❗❗

タイトルは『GULTY GEAR STRIVE: DUAL RULERS』

公式サイト🔽https://t.co/84JJbf2lUw#GGSTDR#GUILTYGEAR

— TVアニメ『GULTY GEAR STRIVE: DUAL RULERS』OFFICIAL (@GUILTYGEAR_STDR) June 14, 2024

Arc System Works juga mendedahkan bahawa studio animasi utama untuk anime ini ialah SANZIGEN, yang dahulu membuat BanG Dream!, D4DJ First Mix, dan banyak lagi. Mereka akan mendedahkan lebih banyak butiran tentang projek itu di panel Anime Expo pada 5 Julai.

Kredit: Arc System Works

Shigeru Morikawa (juga dikenali sebagai Yuu Kou), yang mengarahkan Gekijōban Argonavis: Ryūsei no Obligato, dan bekerja untuk storyboard D4DJ First Mix, D4DJ All Mix dan D_Cide Traumerei the Animation, akan mengarahkan anime Guilty Gear itu di SANIGEN. Norimitsu Kaihō pula bertanggungjawab ke atas skrip dan Seiji Mizushima dikreditkan sebagai produser bersekutu.

Sanizgen sebelum ini telah menghasilkan video animasi di bawah sempena ulang tahun pertama game Guilty Gear Strive, jadi anda boleh lihat dengan mata sendiri jika mereka bagus atau tidak.

Game Guilty Gear original asalnya membuat debut di PlayStation pada 14 Mei 1998, dan meningkat dalam populariti dengan pantas. Terkenal dengan gaya pertarungan fast-paced, mekanik yang kompleks, kombo fleksibel dan sistem cancel, ramai yang tertarik dengan game ini kerana visual ala anime dan muzik yang diilhamkan oleh heavy metal.

Guilty Gear Strive merupakan terbaharu dalam siri ini dan dikeluarkan pada Jun 2021.

Untuk baca segala berita kami tentang Guilty Gear, sila tekan SINI.

Tags: animeguilty gearGuilty Gear Strive: Dual Rulers
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing MTG Modern Horizons 3 – Kengerian Eldrazi Secara Langsung!

Next Post

‘Kaiju No. 8: The Game’ Dalam Pembikinan Untuk PC & Mobile

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
‘Kaiju No. 8: The Game’ Dalam Pembikinan Untuk PC & Mobile

'Kaiju No. 8: The Game' Dalam Pembikinan Untuk PC & Mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd