Hadapi kengerian Eldrazi dan lepaskan raungan seperti Ajani Goldmane – kami mendapat peluang awal untuk melihat set Modern Horizons 3 untuk Magic the Gathering (MTG), pemberian rakan-rakan kami di Wizards of the Coast.

Modern Horizons 3 ialah booster set MTG akan datang dan seperti Modern Horizons dan Modern Horizons 2, set ini memperkenalkan kad baharu ke dalam format “Modern” dan “Eternal”. Set ini bukan sahaja akan memperkenalkan kad baharu, tetapi juga mencetak semula kad kuat daripada sejarah MTG kepada format Modern.
Dengan itu, mari kita lihat apa yang ada dalam expansion ini, dengan Play Booster, Collector Booster, Commander Deck, dan Bundle.
Bermula, kami mempunyai Modern Horizons 3 Bundle – menampilkan Ajani Goldmane sebagai watak utama. Dalam kotak besar ini, anda boleh menemui 9 pek Player Booster, kad “Powerbalance” dengan lukisan alternatif, 15 kad basic land dalam “Traditional Foil”, dan 15 lagi sebagai kad biasa, dadu d20 sebagai “life counter”, dan juga kotak itu sendiri.

Sudah tentu, terdapat juga Collector Booster dalam set ini, di mana anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat kad Foiled dan Rare.
Dari segi mekanik, Modern Horizons 3 ialah mengembalikan kad “double-face” (DFC) baharu serta “allied fetch lands” – kad “nonbasic land” yang dapat customize dan mengoptimumkan “mana base” pemain sepenuhnya. “Allied fetch lands” tersedia dalam 4 bentuk berbeza – regular frame, extended-art frame, retro frame, dan borderless frame.
Seperti biasa, kami juga mempunyai Commander Deck – kali ini menampilkan watak Omo, Ulalek, Satya, dan Disa sebagai Commander. Omo memerintahkan dek “Tricky Terrain” sebagai “Omo, Queen of Vesuva” dengan playstyle yang memfokuskan pada memaksimumkan setiap kad land untuk potensi kombo dan mengumpul summon yang lebih kuat sebelum pihak lawan.

Selain itu, dek “Creative Energy” ialah dek Satya sebagai “Satya, Aetherflux Genius”. Dek ini mempunyai tumpuan untuk menjana “energy counter” bagi mengatasi pihak lawan dengan artifact dan efek daripada creature.
Sebaliknya, Ulalek memerintah Eldrazi sebagai “Ulalek, Fused Atrocity” dalam dek “Eldrazi Incursion”, yang memfokuskan pada playstyle “korban” untuk mengumpul askar-askar Eldrazi kecil hingga besar.
Bagi Disa pula, dia ialah “Disa the Restless” dan memerintah dek “Graveyard Overdrive”. Seperti namanya, dek ini mengawal “graveyard” anda, dengan mengisinya dengan semua jenis creature dan kad sebelum menggunakannya untuk melancarkan serangan balas.
MTG Modern Horizons 3 akan dikeluarkan sepenuhnya untuk pada 14 Jun 2024, dan akan tersedia dalam Play Booster, Collector Booster, Commander Deck and Collector’s Edition Commander Deck, Prerelease Pack, Bundle, dan Gift Edition Bundle.
@gamersantaimy
Discussion about this post