Game soulslike ‘Bleak Faith: Forsaken‘ baharu sahaja dikeluarkan di PC baru-baru ini, tetapi nampaknya ia telah mengundang komen negatif daripada netizen kerana komuniti kini menuduh pemaju, Archangel Studios, memplagiat/mencuri animasi permainan daripada game popular Elden Ring.
Isu ini mula ditunjukkan oleh seorang modder Dark Souls bernama Meowmaritus yang memuat naik video perbandingan antara kedua-dua game di halaman Twitter-nya. Dalam video itu, ia menunjukkan animasi pertempuran Bleak Faith: Forsaken yang mempunyai pergerakan sama seperti dalam Elden Ring. Ini termasuk pergerakan watak untuk beberapa senjata dan pergerakan musuh.
Pada masa yang sama, Meowmaritus membuat contoh bahawa game soulslike lain seperti Lies of P juga mengambil inspirasi daripada game buatan FromSoftware seperti Elden Ring, tetapi tidak langsung memplagiat 100%.
Sebagai respon, Archangel Studios (pemaju Bleak Faith: Forsaken) berterus tentang tentang penggunaan aset yang sebenarnya dibeli daripada Epic Marketplace yang dikatakan “bagus dan sesuai dengan tema” mereka. Archangel Studios turut menjelaskan bahawa pembelian aset adalah amalan biasa dalam industri, termasuk di FromSoftware.
Seterusnya, Archangel Studios mendakwa bahawa jika dua animasi adalah serupa, tetapi digunakan pada dua ‘rig’ dan ‘skeleton’ yang berbeza sepenuhnya, itu bukanlah memplagiat tetapi ‘rotoscoping’. Walaupun animasi Elden Ring digunakan sebagai rujukan, tetapi segala animasi dalam Bleak Faith: Forsaken dibuat oleh pencipta pek aset (di dalam Epic Marketplace). Oleh itu, ia tidak dicuri sama sekali.
Tetapi di penghujung hari, tidak boleh dinafikan bahawa Archangel Studios masih menggunakan animasi Elden Ring walaupun ia tidak dibuat oleh FromSoftware. Memandangkan game sudah pun keluar, ini bukanlah masalah mudah untuk diselesaikan. Adakah mereka sanggup memberhentikan game atau adakah mereka akan membuat perubahan yang patut?
Bagi sesiapa yang berminat, Bleak Faith: Forsaken kini tersedia di PC manakala versi PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S sedang dalam pembangunan.
Sumber – DSO Gaming
Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post