Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece – Straw Hat vs Seraphim, siapakah identiti pengkhianat? *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 13, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece – Straw Hat vs Seraphim, siapakah identiti pengkhianat? *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berehat selama 2 minggu, manga One Piece akhirnya mengeluarkan bab baharu yang tertumpu pada kejadian di Egghead Island. Setiap Straw Hat kini terperangkap bertarung dengan tiga Seraphim berbeza dan ternyata ada seorang pengkhianat yang ingin membunuh Vegapunk. Apa yang sebenarnya terjadi di One Piece 1077?

Berikut adalah rumusan padat.

AMARAN! SPOILER UNTUK ONE PIECE BAB 1077 DI BAWAH!! BACA BAB 1076 DI SINI!

Egghead island akan hadapi bencana

Sentomaru mengarahkan semua orang di Egghead Island untuk melarikan diri dari pulau. Apabila mereka bertanya “mengapa?”, Sentomaru menjelaskan tentang pulau Ohara (tempat kelahiran Nico Robin), yang dimusnahkan sepenuhnya kerana menentang World Government. Jika World Government serius ingin membunuh Dr. Vegapunk, Sentomaru jangka sesuatu yang lebih buruk akan berlaku pada Egghead Island.

Straw Hat lawan Seraphim

Luffy, Lucci, Zoro, dan Kaku sedang berlawan S-Bear dan S-Hawk tetapi tidak dapat mencederakan mereka. Semasa bertarung, Zoro sedar bahawa kedua-dua Seraphim itu menyerupai King, daripada krew Beast Pirate milik Kaido. Di sini, Shaka (salah satu badan Vegapunk) menyedari King ialah Alber, yang melarikan daripada Punk Hazard dengan Kaido (selepas menjadi bahan uji kaji).

Zoro memberitahu Luffy, Lucci, dan Kaku supaya menghapuskan api di belakang badan Seraphim kerana ini akan menghilangkan pertahanan mereka dan menyusun semula pelan pertarungan masing-masing. Pada ketika itu, Shaka meninggalkan bilik kerana dapat tahu di mana Vegapunk berada.

Di bangunan lain, kumpulan Nami sedang berlawan S-Shark, yang dapat mengalahkan Brook dan Edison (seorang lagi badan Vegapunk). Nami menyeru Zeus yang menggunakan ‘Raitei’ untuk menyerang S-Shark. Sedikit cedera, S-Shark berjaya menyelam ke dalam tanah dan kini menumpukan perhatian pada Nami. Brook memberi amaran kepada Nami supaya mengelak serangan S-Shark tetapi tiba-tiba diselamatkan oleh Sanji yang menyepak S-Shark ke belakang.

Di bangunan lain, kumpulan Franky sedang berlawan S-Snake. Marah kerana York bertukar jadi batu, Lilith menembak Seraphim itu dengan senjata Bubble Gun. yang dibuat daripada bahan laut. Memandangkan S-Snake dicipta menggunakan darah sintesis pengguna Devil Fruit, dia pun memiliki kelemahan yang sama.

Franky cuba untuk membantu tetapi S-Snake menukar sebahagian daripada badan Franky kepada batu. Menggunakan teknik charm, S-Snake kemudian memikat hati Liith dan Usopp lalu mengubah mereka kepada batu dengan Mero Mero Mellow.

Shaka dibunuh pengkhianat??

Di bawah tanah, Shaka berjaya menemui semua ejen Cipher Pol dan Dr. Vegapunk yang dikurung dalam makmal penyelidikan Devil Fruit. Pada saat ini, Vegapunk bertanya kepada Shaka – “Siapa di belakangmu?” – tetapi sebaik sahaja menoleh, kepala Shaka serta merta ditembak. Shaka rebah ke tanah, (kemungkinan besar mati) di mana kita dapat melihat wajah terkejut Vegapunk apabila individu misteri itu datang menghampiri.

Maka, tamatlah rumusan padat saya untuk One Piece bab 1077. Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece, sila tekan pautan ini.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Join giveaway kami di sini: https://t.co/Ia4zamY80x

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 8, 2023
Tags: animemangaone pieceSeraphim
Previous Post

Game baru dituduh memplagiat Elden Ring – animasi 100% sama!

Next Post

Adaptasi Siri dan Filem Live Action Terbaik Daripada Manga dan Anime Untuk Anda Tonton!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Adaptasi Siri dan Filem Live Action Terbaik Daripada Manga dan Anime Untuk Anda Tonton!

Adaptasi Siri dan Filem Live Action Terbaik Daripada Manga dan Anime Untuk Anda Tonton!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd