Berkenaan Yorozu, dia merupakan cursed spirit dari era Heian dan kini berada dalam badan Tsumiki Fushiguro. Bab 216 Jujutsu Kaisen telah mendedahkan kepada kita bahawa Yorozu pernah ada perasaan terhadap Sukuna. Perkara ini telah diberitahu oleh Kenjaku yang kini tertanya-tanya mengenai “mandian” yang disebut dalam bab yang lepas.
Menurut Uraume, mandian tersebut merupakan ritual di mana ia menukar pusaka keluarga untuk mencipta cursed tool. Tetapi untuk kes Sukuna pula, ritual itu telah diubah sedikit untuk membenarkan dirinya lebih dekat kepada kejahatan dan menundukkan jiwa Megumi yang masih lagi memberontak.
Sukuna nampaknya telah selesai dengan ritual itu telah meminta Kogane untuk mencari lokasi Tsumiki yang kini berada di Sendai. Rupa-rupanya Sukuna ingin memusnahkan vessel Yorozu itu dan melemahkan jiwa Megumi. Dia langsung tidak kisah mengenai Yorozu sedikit pun. Yang pasti dia boleh mengawal Megumi sepenuhnya.
Kenjaku akhirnya membawa Sukuna ke Sendai dengan syarat dia memberikan point Culling Game yang dia ada. Dalam perjalanan boleh pula dia bertemu dengan Ryu Ishigori, seseorang yang dia ingin bunuh sebelum ini. Ryu cuba menyerangnya dengan Granite Blast, tetapi kepalanya dibelah tiga sebelum sempat berbuat apa-apa. Sukuna selepas itu bertemu dengan Yorozu di sebuah tempat yang ditinggal.
Ada kemungkinan besar kita akan melihat pertarungan antara Sukuna dan Yorozu dalam bab seterusnya. Tetapi ingin juga tahu apa yang Kenjaku lakukan sekarang. Bagaimana pula keadaan Yuji dan Maki selepas mereka bertarung dengan Sukuna? Banyak betul benda yang tiada jawapan lagi. Apa pun kita tunggu sahaja bab Jujutsu Kaisen yang baru nanti.
Discussion about this post