Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII Versi 1997 Dikemas Kini Untuk PC dengan Ciri Moden & ‘Autosave’ – Tersedia Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 25, 2026
in Artikel, Berita, GOG, PC, RPG, Steam
0 0
0
Final Fantasy VII Versi 1997 Dikemas Kini Untuk PC dengan Ciri Moden & ‘Autosave’ – Tersedia Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah melancarkan semula game klasik tahun 1997, Final Fantasy VII, dalam versi yang lebih moden untuk platform PC. Bermula hari ini, peminat boleh mendapatkan game yang telah dikemas kini ini menerusi Steam dan GOG pada harga RM29.99.

Bagi yang pertama kali ingin mencuba, Final Fantasy VII mengisahkan pengembaraan Cloud Strife, seorang tentera upahan dan juga bekas ahli unit elit SOLDIER.

Beliau menyertai kumpulan pemberontak Avalanche untuk menentang Shinra Electric Power Company; sebuah syarikat gergasi yang mengeksploitasi Mako (tenaga hayat planet) demi keuntungan komersial.

Konflik yang bermula di kota Midgar ini akhirnya berkembang menjadi sebuah misi besar untuk menyelamatkan dunia, di samping memaksa Cloud berdepan dengan rahsia masa lalunya yang hilang.

Walaupun projek trilogi Remake kini menghampiri fasa penamat, pelancaran versi PC ini memastikan judul original yang mencorak sejarah industri gaming tetap mudah diakses, mampu milik, dan dioptimumkan sepenuhnya untuk perkakasan komputer zaman sekarang.

Berita baik buat pemain Steam yang sudah pun memiliki game ini sebelum ini: anda akan menerima versi baharu tersebut secara percuma dalam library. Bagi memudahkan perbezaan, Square Enix telah menamakan semula versi terdahulu sebagai Final Fantasy VII – 2013 Edition.

Walaupun 2013 Edition masih boleh dimainkan oleh pemilik sedia ada, ia tidak lagi dijual kepada pembeli baharu. Selain itu, save data daripada versi lama tidak serasi dengan versi 2026 ini. Ini bermakna, anda perlu memulakan pengembaraan dari awal jika ingin menikmati ciri-ciri moden yang disediakan.

Kelebihan Versi Baharu?

Walaupun jalan cerita, kualiti visual, dan sistem turn-based combat dikekalkan seperti asal, Square Enix menyertakan beberapa “booster” yang kini menjadi standard bagi game moden. Penambahbaikan ini bertujuan menjadikan RPG berusia hampir tiga dekad ini lebih mesra kepada pemain generasi baharu:

  • Autosave: Memastikan kemajuan game disimpan secara automatik, jadi anda tidak perlu risau jika terlupa untuk menggunakan save point manual.
  • 3x Speed Mode: Membolehkan game berjalan tiga kali lebih pantas. Ciri ini berguna untuk mempercepatkan animasi ketika bertarung atau semasa mengembara di dalam dunia.
  • No Encounters: Pemain mempunyai pilihan untuk mematikan fungsi random battle sepenuhnya. Ini memudahkan eksplorasi tanpa gangguan musuh, tetapi boss fight yang berkaitan dengan jalan cerita masih wajib diselesaikan.
  • Battle Enhancement Mode: Sesuai untuk mereka yang hanya ingin menikmati naratif permainan. Mod ini bertindak seumpama “God Mode” di mana HP dan MP akan diisi semula secara automatik, manakala tolok Limit Break akan sentiasa berada pada tahap maksimum.
Tags: final fantasy vii
ShareTweetSend
Previous Post

Overwatch Rush – Hero Shooter Baharu Bagi Peranti Mobile!

Next Post

[Eksklusif] Sambil Cuba Durian Malaysia, Pengarah Ryosuke Horii Jawab Soalan Panas Yakuza/Like a Dragon!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
[Eksklusif] Sambil Cuba Durian Malaysia, Pengarah Ryosuke Horii Jawab Soalan Panas Yakuza/Like a Dragon!

[Eksklusif] Sambil Cuba Durian Malaysia, Pengarah Ryosuke Horii Jawab Soalan Panas Yakuza/Like a Dragon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd