Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Eksklusif] Sambil Cuba Durian Malaysia, Pengarah Ryosuke Horii Jawab Soalan Panas Yakuza/Like a Dragon!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 25, 2026
in Artikel, Berita, Eksklusif, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
[Eksklusif] Sambil Cuba Durian Malaysia, Pengarah Ryosuke Horii Jawab Soalan Panas Yakuza/Like a Dragon!
Share on FacebookShare on Twitter

Jarang sekali kita mendapat peluang untuk mengajukan soalan kepada pengarah siri Ryu Ga Gotoku Studio tentang Yakuza/Like A Dragon. Namun, itulah situasi unik yang berlaku apabila kami bersua muka dengan Ryosuke Horii di Pitt Club KL.

Kredit: Digital Braves

Sempena pelancaran Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties, Horii (yang merupakan pengarah dan produser bagi game tersebut) meluangkan masa untuk satu sesi temu bual eksklusif yang disusun khas berdasarkan soalan daripada komuniti peminat tegar game ini.

Melalui borang Google Form yang kami edarkan kepada peminat di Malaysia, kami telah mengumpul pelbagai pertanyaan yang ingin mereka sampaikan, dan hasilnya adalah soalan yang sama pelik dan unik dengan game itu sendiri. Berikut adalah reaksi Horii-san terhadap rasa ingin tahu daripada peminat-peminat Malaysia.

Nasib Kiryu, Watak yang Hilang, dan Potensi Spin-Off

Kredit: RGG Studio

Topik bermula dengan Kazuma Kiryu, protagonis siri ini yang sentiasa tabah, dan sama ada beliau akan menemui pengakhiran yang bahagia. Ryosuke Horii memberikan pandangan bernas mengenai kedamaian hati Dragon of Dojima.

Merujuk kepada penampilan Kiryu dalam Yakuza 8, Horii mengakui bahawa walaupun watak-watak ini hidup dalam dunia gelap (“underground”), legenda yakuza tersebut tidak pernah benar-benar keseorangan.

“Dia dikelilingi oleh ramai sahabat yang benar-benar mengambil berat tentang dirinya,” jelas Horii.

Beliau menekankan bahawa pegangan prinsip dan rasa keadilan yang tinggi dalam diri Kiryu menjadi tunjang kestabilannya.

“Jika meneliti perwatakannya, ada banyak ketika di mana anda boleh merasakan dia sebenarnya hidup dengan hati yang tenang. Itulah interpretasi saya.”

Kredit: u/Avatarfrost

Horii turut membongkarkan misteri mengenai dua protagonis yang lama menyepi, Tanimura dan Shinada dari Yakuza 4 dan 5. Beliau pantas menepis spekulasi terburuk dengan menyatakan:

“Apa yang pasti, mereka belum mati.”

Walaupun kisah hidup mereka tidak dipaparkan dalam judul-judul terkini, Horii menyarankan agar peminat “menggunakan imaginasi dan berangan-angan” tentang kehidupan mereka di sebalik tabir… sama ada sedang mengharungi perjuangan peribadi atau situasi hidup yang belum diceritakan oleh pasukan pembangun.

Beliau membiarkan pintu terbuka untuk masa hadapan, mengacah bahawa selagi watak-watak ini masih bernyawa, peluang untuk mereka bertemu semula dengan watak utama tetap ada.

Kredit: RGG Studio

Perbincangan seterusnya menyentuh tentang potensi game spin-off. Mengenai idea “Daigo Gaiden” atau kisah yang memfokuskan kepada “Jima brothers” (Majima dan Saejima), Horii meluahkan sedikit kebimbangan mengenai sambutan terhadap game standalone untuk adik-beradik tersebut.

Namun, beliau mengangkat naratif Yakuza Kiwami 3 yang baru dilancarkan sebagai satu bentuk penceritaan bagi Daigo Dojima. “Memandangkan Mine memainkan peranan besar dalam cerita ini, boleh dikatakan ini juga adalah kisah tentang Daigo,” ujarnya, berharap peminat akan menyelami sejarah tersebut melalui game ini.

Walaupun buat masa ini tiada perancangan untuk game solo Daigo, beliau mengakui pasukannya berminat untuk menyahut cabaran tersebut pada masa hadapan.

Kredit: Digital Braves

Apabila diajukan soalan hipotesis “hidup atau mati” tentang siapa yang akan diselamatkannya jika terjatuh dari tebing—Kiryu atau Ichiban—Horii memberikan jawapan yang agak mencuit hati.

“Saya tidak akan menyelamatkan sesiapa, kerana kedua-duanya sangat berkebolehan untuk menyelamatkan diri,” katanya, sambil menambah bahawa jika dia cuba membantu, “besar kemungkinan saya pula yang akan terlibat dengan masalah.” Strateginya mudah: Biarkan mereka uruskan sendiri dan segera lari dari situ.

Evolusi “Like a Dragon” dan Peluang Protagonis Wanita

Kredit: Digital Braves

Definisi game “Like a Dragon” telah mengalami perubahan signifikan sejak bertahun-tahun. Horii mengimbau kembali zaman awal pembangunan di mana jalan cerita adalah fokus utama, manakala elemen lain direka sekadar supaya tidak mengganggu naratif. Namun, berkat maklum balas peminat, falsafah studio kini telah berubah.

“Kami sedar bahawa elemen-elemen tambahan ini sebenarnya menyuntik daya tarikan tersendiri yang turut menyokong jalan cerita,” kata Horii.

Kesedaran ini membawa kepada perubahan besar dalam pendekatan pembangunan mereka, di mana kandungan sampingan kini direka untuk menyokong naratif dan memberi perspektif yang lebih mendalam… satu evolusi yang dianggap Horii sebagai antara yang terbesar dalam sejarah RGG.

Kredit: RGG Studio

Evolusi ini turut membuka ruang kepada kepelbagaian representasi dalam dunia yakuza. Apabila ditanya kemungkinan mewujudkan protagonis yakuza wanita, Horii berpendapat ia “sangat berkemungkinan.”

Mengambil kira momentum semasa yang mengangkat watak wanita yang kuat dalam industri gaming, beliau mencadangkan jika ada peluang yang sesuai untuk “mengolah naratif menggunakan watak Yakuza wanita,” studio mungkin akan mencabar diri mereka dengan konsep sedemikian nanti.

Kredit: Digital Braves

Walau bagaimanapun, menyentuh tentang pengembangan francais ke medium lain seperti novel atau anime, Horii kekal setia pada prinsip asalnya.

Walaupun beliau mengakui wujudnya adaptasi terdahulu seperti drama Amazon Prime dan filem, serta kemungkinan siri dalam format lain, pasukannya masih melihat diri mereka sebagai pembangun permainan video.

“Kami memilih untuk berkarya melalui medium permainan video,” tegasnya, sambil mengesahkan bahawa pengalaman interaktif akan terus menjadi keutamaan dalam mengembangkan alam semesta siri ini.

Kisah Sedih Lagu “Hands”, Idea Mini-Game Sekolah, dan Dragon Cart

Francais ini terkenal dengan campuran unik antara drama serius dan mini-game yang melucukan. Dari sudut peribadi, Horii berkongsi kisah di sebalik lagu karaoke kegemarannya, “Hands,” dendangan Kiryu. Beliau mendedahkan bahawa lagu tersebut ditulis ketika beliau sedang bergelut dengan penyakit serius.

“Saya banyak merenung tentang diri saya dan juga anak lelaki saya,” imbasnya.

Lirik yang bernada sayu itu lahir terus daripada pengalaman peribadi tersebut, menjadikannya lagu yang paling istimewa di hatinya walaupun banyak lagu lain telah dihasilkan.

Kredit: Digital Braves

Dari sudut yang lebih santai, Horii sentiasa memikirkan idea permainan baharu. Beliau melontarkan satu konsep “gila-gila” berasaskan sistem sekolah Jepun yang menukar tempat duduk pelajar setiap semester.

Beliau membayangkan satu mini-game strategi di mana pemain berperanan sebagai guru yang perlu menyusun kedudukan pelajar seperti meletakkan pelajar nakal di hadapan atau memisahkan mereka yang bermusuhan. “Bunyinya agak pelik, tetapi menarik,” katanya sambil ketawa, dengan harapan idea ini dapat direalisasikan suatu hari nanti.

Kredit: RGG Studio

Sebaliknya, bagi permintaan peminat untuk permainan lumba “Dragon Cart” secara berasingan, Horii bersikap realistik dari sudut perniagaan.

“Secara jujur, jika kami buat, adakah ia akan laku?” soalnya.

Walaupun beliau menghargai semangat peminat, buat masa ini tiada perancangan untuknya disebabkan kekangan sumber dan ketidaktentuan pasaran, namun beliau tidak menolak kemungkinan untuk mencubanya jika studio mempunyai fleksibiliti pada masa hadapan.

Yakuza di Angkasa Lepas, Malaysia, dan Cabaran Musang King

Kredit: Digital Braves

Menghampiri penghujung temu bual, perbualan beralih kepada latar lokasi game masa depan. Walaupun Horii mengakui bahawa Malaysia (dengan kontras unik antara pembangunan bandar dan alam semula jadi) akan menjadi pentas yang menarik, tetapi cita-cita peribadinya rupa-rupanya terletak di angkasa lepas.

“Mungkin kedengaran mustahil, tetapi saya teringin membawanya ke angkasa,” akuinya.

Beliau sedar betapa tidak masuk akalnya idea yakuza di angkasa lepas, namun menegaskan bahawa idea-idea “tidak masuk akal” itulah yang menjadikan game ini menyeronokkan. Mengenai latar tempat di Malaysia? Beliau bergurau, “Jika saya buat, ia akan berlaku selepas angkasa lepas direalisasikan.”

Kredit: Digital Braves

Akhirnya, Horii berdepan dengan ujian kulinari tempatan: Durian Musang King. Walaupun buah itu terkenal dengan baunya, jawapan Horii amat positif.

“Sedap. Malaysia memang terbaik.”

Beliau menyatakan bahawa walaupun baunya kuat, rasanya sangat sedap, malah membandingkannya dengan pencuci mulut berperisa durian seperti parfait dan aiskrim. Beliau turut mencuba petua tradisional meminum air dari pangsa durian untuk menyejukkan badan.

“Saya tiada masalah dengan durian. Saya suka Durian,” katanya, malah berkira-kira untuk membawanya pulang.

Kredit: Digital Braves

Dalam ucapan penutup, Horii merakamkan penghargaan kepada peminat Malaysia atas sambutan hangat sempena lawatan pertama ini. Melihat pembangunan Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties, beliau berkata, “Ia memerlukan keberanian yang besar untuk kami remake judul lama dalam francais ini.”

Namun, beliau yakin dengan hasilnya dan menyifatkannya sebagai “salah satu game terbaik yang kami hasilkan kebelakangan ini,” serta berharap dapat kembali lagi ke negara ini pada masa hadapan.

Kredit: Digital Braves

Game ini boleh dimainkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch 2, Xbox Series X|S, dan PC (Steam). Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: EksklusifLike a DragonRyosuke Horiiyakuza
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy VII Versi 1997 Dikemas Kini Untuk PC dengan Ciri Moden & ‘Autosave’ – Tersedia Sekarang!

Next Post

Reviu Resident Evil Requiem – Definisi Sebenar Mimpi Ngeri & Aksi Yang Gamer Tidak Akan Lupa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’
Filem

Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’

July 21, 2026
Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Next Post
Reviu Resident Evil Requiem – Definisi Sebenar Mimpi Ngeri & Aksi Yang Gamer Tidak Akan Lupa!

Reviu Resident Evil Requiem - Definisi Sebenar Mimpi Ngeri & Aksi Yang Gamer Tidak Akan Lupa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd