Haaaa, mesti korang pernah dengar kan pasal Final Fantasy 7 nak remake? tapi, kali ni lebih dahsyat, sebab diorang siap bukak peluang pekerjaan lagi. ke sebab ada yang lari keluar? hurmm… Jom kita tengok entri ni.
Square Enix ada buat job listing untuk mengambil tenaga kerja yang ramai disebabkn mereka ingin untuk mencapai tahap kepuasan para peminat. Ya, yang ni memang aku tak nafikan, ramai kipas-susah-mati Final Fantasy 7 ni. Even aku sendiri pon peminat tegar Final Fantasy 7 ni. Dengar pulak diorang nak remake, aku lagi hyped up.
‘ Kami mencapai satu konklusi dimana jika ingin memuaskan hati peminat, kami perlu untuk meningkatkan lagi kualiti Final Fantasy 7 ini “
Kata mereka lagi,
‘ dengan ini, kami perlu membuat satu pasukan khas untuk penambah baikan dari segi battle planners, level planner, designer, engineer dan pelbagai kerja-kerja lain demi untuk memantapkan lagi Final Fantasy 7 ini “
Menurut Siliconera, pengambilan baru kali ini adalah untuk menggalakkan lagi dalam penyumbangan idea dalam mereka bentuk karekter dan juga level design untuk setiap kawasan.
Dengan fokus terhadap kualiti dan tiada khabar angin yang mereka ingin mempercepatkan proses pembikinan game ni, jadi, korang sebagai peminat boleh rileks dan keep the hype up, sebab mereka meletakkan kualiti game tersebut lebih daripada aspek yang lain.
Aku macam pelik jugak, 1st footage keluar masa E3 2015, tapi tahun selepasnya dah takde. So, aku harap, E3 tahun ni, ada la sedikit update tentang Final Fantasy 7 Remake ni. Apa pendapat korang? apa yang korang harapkan? Aku mintak satu je, jangan ubah gameplay, tapi kalau nak ubah pon, pendekkan masa Summon ‘ Knight Of Round‘
Nah, teaser sikit
Sumber : IGN
@gamersantaimy
Discussion about this post