Gais, ingat tak posting lepas yang aku ada cakap pasal Fortnite Battle Royale masuk ke versi mobile? Bukan setakat tu je, siap nak crossplay dengan platform lain tu. Haaa, kali ni, ada yang lagi best, lagi mendalam. Jom, follow aku dalam entri kali ni, pasal Fortnite Mobile.
Hari tu, Epic Games buat satu pengumuman yang sangat epik, dimana, diorang nak bawak Fortnite Battle Royale ke platform mobile, siap dengan crossplay lagi. Fuhh, mana pernah lagi game developer lain buat macam ni. Mungkin ini merupakan langkah strategi diorang untuk berlawan dengan competitor kot. tapi satu approach yang sangat bagus la.
Oh, lupa nak cakap yang diorang da buat satu reveal trailer gameplay dekat iOS, dan mengatakan yang ianya untuk versi mobile, tapi tak cakap hardware apa. iP6 ke, iP7 ke. Tetapi, yang pasti, ianya adalah untuk mobile. Yang penting, kite dapat lihat secara sepintas lalu akan UI interface dia dan jugak control dia. Nanti di habis entri, aku akan tunjuk korang.
Lepastu, aku dengar pulak yang diorang da start dengan Invite Event untuk iOS. Memang laju betul diorang ni buat kerja. So, kepada pemilik iOS, korang da boleh daftar dengan bagi email korang kat sini . Lepastu, korang boleh tunggu lah untuk Epic Games balas email korang dengan bagi link untuk download game Fortnite Battle Royale ni.
Untuk korang yang tak dapat 1st wave punya invitation, jangan risau, mungkin korang akan dapat peluang korang untuk 2nd wave atau pon wave yang seterusnya sampai lah diorang da start official launch. So, kalau ada rezeki tu, Alhamdulillah.
Hah, ni lagi satu, aritu dengar-dengar yang Epic Games ni nak bawak masuk Jetpack, tapi delay lagi. Last update diorang masukkan Hunting Rifle. Kali ni, diorang ganti pulak dengan Remote Explosive. Alaaa, C4 tu la. Yang pasal C4 ni, dengar cerita untuk gantikan lagi Jetpack update. Tak tahulah apa lagi masalah dengan Jetpack tu, tak nak terbang kot.
Tapi, dengan ada C4 ni, korang boleh bina satu strategi atau gameplay baru, which is good untuk korang. Percayalah, mesti akan ada punya perkara-perkara yang pelik akan jadi.
Explosive action, from a distance! Remote explosives coming soon to Fortnite Battle Royale. pic.twitter.com/4lfd5QJYox
— Fortnite (@FortniteGame) March 12, 2018
Ini saja liputan aku untuk Fortnite kali ni, jika ada apa-apa lagi update pasal Fortnite, aku akan bagi lagi sebanyak info untuk korang. Sebelum tu, tinggalkan komen korang sebab aku nak tahu, apa pendapat korang pasal update baru, dan jugak Fortnite Mobile nih.
Haaa, macam yang aku janji tadi, Reveal Trailer untuk Fortnite Mobile.
@gamersantaimy
Discussion about this post