Peghh kejap sahaja rasa dah nak September guys, baru saja bulan ni kami rasa keluar game free Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered & Fall Guys untuk pelanggan PS Plus. Siapa sangka Sony akan memberi pelanggan PS Plus mereka percuma September ini adalah dua permainan gempak dan pupular di seluruh dunia!
CHICKEN DINNER dan SHORYUKEN kedua ayat ini akan berlegar di PlayStation 4 bulan hadapan kerana ianya terdapat di menu PS Plus. Ikuti 99 pesaing lain dalam PUBG: PlayerUnknown’s Battlegrounds atau cabar pahlawan terhebat di dunia untuk dikalahkan dalam Street Fighter V.
PUBG: PlayerUnknown’s Battlegrounds
Hadir pada Disember 2018 megikuti perjalanan dari PUBG PC, akhirnya permainan ini boleh dimuat turun secara PERCUMA pada September ini! Buka parachut anda dan terjun ke medan perang yang berbahaya dengan hanya diri anda untuk dilindungi, ketika anda looting peralatan dan menewaskan musuh anda dalam pertempuran yang sengit.
Bangunlah askar terhebat dari awal dan uji kecekalan anda terhadap 99 pemain lain di pelbagai peta unik. Satu nyawa sahaja. Hanya satu tembakan pada kemenangan setiap perlawanan. Pilih diantara bermai sendiri atau hadapi cabaran dalam skuad yang terdiri daripada empat pemain untuk meningkatkan peluang anda untuk bertahan dan mendapat Chicken Dinner!
Street Fighter V
Kedua permainan ini boleh dimuat turun bermula 1 September hanya boleh dimuat turun dengan menjadi pelanggan PS Plus, jadi sesiapa tak memperbaharui pas bulan, tahunan PS Plus tu, dah boleh beli dan dapatkan kedua game ini secara percuma sehingga 5 Oktober 2020!
Dan jangan terlepas dapatkan game percuma PS Plus Ogos yang akan berakhir 31 Ogos ini! Ya mainkan kegilaan Fall Guys: Ultimate Knockout yang kini menjadi kegemaran ramai pemain seluruh dunia, dan pembuatan semula Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered yang anda juga boleh lihat kehebatannya dalam review kami sebelum ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post