Call of Duty: Modern Warfare 2 yang asalnya hadir pada November 2009 untuk PlayStation 3, Xbox 360 dan juga PC. Siapa sangka selepas kehadiran yang membanggakan untuk Call of Duty: Modern Warfare Remastered pada tahun 2016, kali ini sekali lagi Activision membawa siri ini dengan Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered yang baru sahaja ada di platform PlayStation 4, 1 April 2020 yang lalu dan akan datang 30 April ini ke platform Xbox One dan juga PC!
Ya dan siapa sangka kami berpeluang mencuba sendiri versi Remastered ini! Hampir 10 tahun kami tidak sentuh COD Modern Warfare 2 ini, maklumlah tu zaman-zaman kolej dulu. Bila Activision mengumumkan sahaja mereka hadirkan versi Remastered ini, kami yang pertama menjadi sangat teruja! Yala, alangkan yang pertama pun dah memuaskan hati, apatah lagi yang kedua! Tak sabar kami nak berjumpa semula dengan Captain Soap si pratagonis terkenal ni, Captain Price juga General Shepherd si tak guna yang talam dua muka ini!
Jalan Penceritaan bermula~
Okay jom kita selami penceritaan COD Modern Warfare 2 ini! Kenapa bukan hanya Remastered, kenapa “Campaign Remastered”? Ada sebabnya ia diberi tajuk ini. Tidak seperti tajuk asal sebelum ini, kedua multiplayer dan spec-ops telah dikeluarkan sebaliknya hanya meninggalkan Campaign mode untuk pemain solo.
Campaign dalam permainan ini mengikuti misi Task Force 141, pasukan istimewa yang diketuai oleh Captain Soap MacTavish, semasa mereka memburu Vladimir Makarov ketua parti Russian Ultranationalist dan United States Army Rangers yang mempertahankan negara dari pencerobohan Rusia.
Setiap misi akan bertukar-tukar watak dimana kami akan bermain sebagai 5 watak mengikut misi. Watak yang dimaksudkan adalah Sergeant Gary “Roach” Sanderson, Anggota Britain dari Pasukan Khas antarabangsa unit Task Force 141; Private First Class Joseph Allen; Private James Ramirez ,US Army 75th Ranger Regiment; Captain Soap sendiri (tetapi boleh dimainkan dalam 3 misi terakhir permainan) dan yang terakhir menjadi astranaut di International Space Station. Tapi memang hampir kesemua misi kebanyakkanya perlu dijalankan dari Allen, Roach dan Ramirez.
Misi dimulakan lagi sekali dengan perubahan grafik menakjubkan!
Andai kata anda memang seorang pemain Modern Warfare 2 pada tahun 2009 dulu, pasti anda dah tahu jalan cerita permainan ini, kerana dalam Campaign Remastered ini tiaa sebarang penceritaan atau misi yang baru. Tetapi grafik yang diberikan memang tip top! Sama juga seperti Modern Warfare Remaster permainan ini nampak lebih realiti dari yang asal.
Satu-satunya ciri baru hadir dalam bentuk penambahan yang agak menarik disebut butang inspect. Butang ini membolehkan watak anda bermain dengan senjata mereka. Setiap senapang mempunyai animasi yang unik dan dapat melihat dari membersihkan pisau , juga mengayunkan bolt sampai kelihatan. Ini adalah tambahan yang tidak penting tetapi agak menyeronokkan.
Semua peringkat yang biasa dibuat dengan tekstur berkualiti tinggi dan lebih jelas daripada sebelumnya, terutamanya jika anda menjalankan permainan di PS4 Pro. Resolusi tinggi, sokongan HDR, tekstur baru dan cutscenes, permainan ini kelihatan seperti yang anda ingini.
Sama ada mereka adalah rekrutan baru Modern Warfare, pemain akan melalui beberapa tahap kempen yang luar biasa dan menembak semua penjahat di sepanjang jalan yang menghalang anda. Permasalahan disini, setiap misi akan dimulakan dengan senjata yang berlainan. Ini membuatkan rasa tidak selesa kerana ada senjata yang recoil terlalu “kelaut” dan sukar untuk sasar kepada musuh. Tetapi jangan risau, dimana sahaja kami berjalan selepas menembak musuh, ada sahaja looting senjata yang boleh kita tukarkan.
Juga terdapat beberapa situasi unik disetiap pelusuk. Paling sakit hati apabila respawn disebelah kereta yang dah nak meletup, respawn je mati balik respawn je mati balik~ Kerja kami apa lagi lari macam pelesit elak dari kereta itu.
Dari senjata ke kenderaan? Semuanya senang nak kawal!
Kan dah cakap ada banyak senjata! Bukan sahaja senjata yang dilooting tu tau, ada kawasan yang membenarkan kita untuk memilih senjata kegemaran, ada shield juga sebagai penghadang. Nak guna shield ni memang seronok, terutama masa merempuh musuh dengan menghentak mereka. Tetapi yang sakit hati apabila musuh yang pakai shield ni, nak tembak kena lari pusing belakang dia atau bom je musuh tu.
Agak-agak nak main dengan senjata besar? Ada sahaja misi yang memerlukan kita untuk mengawal senjata dari helikopter dan kereta kebal termasuk RPG, Machine Gun. Dan ada juga yang memerlukan kita untuk mengawal Launcher atau Stinger bagi memusnahkan helikopter musuh dan sebagainya.
Ada juga cabaran yang tak diduga sama seperti sebelum ini, di ribut salji, kita kena panjat bukit berais lepas tu nak kena lompat pulak! Dia punya terjatuh mati dekat 10 kali weh! Paling best larikan diri dengan snowmobile yang laju, aksi kejar mengejar dengan musuh sambil tembak mereka, memang feel macam real lah! Situasi lain seperti hack turret musuh, juga kami harus menjaga kawasan dengan menghantar sentry turrets atau panggil tank untuk tembak kawasan tertentu dan banyak lagi!
Okay untuk kawalan biasa bagi menjalankan permainan anda adalah sama. Seperti menukar senjata dengan menggunakan butan Tigasegi, untuk slot senjata selalunya kita boleh pegang dua. Isi semula peluru atau menukar senjata looting dengan menekan Petak, menyangkung atau meniarap dengan menekan X juga lompat pada kawasan tertentu dengan menekan Bulat. Untuk menembak kita akan menggunakan (R2); Aim sasaran atau membuka skop (L2); Grenade istimewa (cth: Stunt Grenade) (L1); Grenade biasa (R1); Penggerakkan adalah dengan menggunakan joystick dan yang terakhir untuk menegok inventory adalah butang panah.
Serangan masih sama atau dah berubah ni?
Sejujurnya, ada scene yang sangat menarik perhatian kami sebab masa dulu-dulu main yang lama kadang-kadang rasa rileks je serang si Rusia-rusia ni terutama dalam misi No Russian, tetapi sekarang terasa macam lebih mencabar dan macam menakutkan pula cara serangan bertubi-tubi musuh ni.
Senang cerita, bukan setiap segment nampak tua! Respawn pun mudah sebab hampir beberapa meter, dah menjadi lokasi checkpoint. Jadi, memang tidak perlu risau kalau mai akan respawn dan mulakan misi semula dari jauh lah! Ada juga bahagian misi yang boleh membuat kita pilih, seperti misi tersebut terlalu banyak keganasan seperti misi No Russian yang disebutkan tadi, memang musuh banyak bila sampai ke kawasan lapangan, tapi masa dalam airport tu rasa macam dirini kejam sangat sebab bunuh ramai orang biasa disitu!
Mungkin antara satu atau dua misi yang kejam kan mebuat kita hilang mood, tapi nak buat macam mana, kalau skip macam tak best pula rasanya. Tetapi semua kempen dalam Modern Warfare 2 adalah yang terbaik dalam sejarah Call of Duty senang cerita antara misi FPS terbaiklah! Ini berfungsi sebagai inspirasi besar kepada banyak permainan lain dan masih berjaya menewaskan permainan lain dalam banyak aspek. Sekiranya anda tidak pernah memainkannya sebelum ini, anda akan dapat rasa kehebatannya.
2009 vs 2020
Kesimpulannya~
Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered adalah “time machine” yang nyata memuaskan hati, yang direka untuk membawa anda kembali ketika dunia terasa seperti tempat yang lebih sederhana. Selama berjam-jam anda bermain dalam kempen, anda akan merasa seronok dan tidak ingin berhenti dari bermain, walaupun reaksi anda terhadap beberapa kandungan mungkin tidak sama dengan diri anda ketika remaja.
Jadi kesimpulannya permainan ini tetap akan menjadi kempen permainan FPS yang terbaik di pasaran walaupun dihasilkan semula selepas 11 tahun! Dengan misi Campaign sahaja yang diberikan tanpa multiplayer, Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered dijual dengan harga yang berbaloi. Hanya RM93.00 di PlayStation Store. Jangan lupa untuk platform Xbox One dan PC akan hadir 30 April ini okay!
@gamersantaimy
The Review
Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered
Sejujurnya, perubahan dalam Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered ni terlalu memuaskan hati kami! Dengan penceritaan epiknya sentiasa menjadi no 1 dalam permainan FPS!
PROS
- Baik pulih Grafik Permainan Asal yang mengagumkan
- Kisah dan Perwatakan yang Menarik
- Kepelbagaian yang hebat dalam Pergaduhan dan Misi
- Beberapa tahap diubah menjadi lebih awesome!
CONS
- Tiada Multiplayer atau Co-op
- Adegan kontroversi agak dipersoalkan~
Discussion about this post