Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FIFA 22 bakal dilancarkan pada 1 Oktober ini dengan teknologi HyperMotion baru!

Dengan 17,000 pemain, lebih 700 pasukan, 90 stadium dan lebih 30 liga untuk dimainkan

Amir Haziq by Amir Haziq
July 12, 2021 - Updated on August 3, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Multiplayer, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Real time strategy, Simulator, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
FIFA 22 bakal dilancarkan pada 1 Oktober ini dengan teknologi HyperMotion baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Electronic Arts telah mengumumkan bahawa FIFA 22 bakal tiba ke PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Origin pada 1 Oktober ini! Pemain Nintendo Switch pula boleh bermain FIFA 22 Legacy Edition yang bakal tiba pada tarikh yang sama dengan pelancaran tersebut. Di FIFA 22 ini, pemain akan merasai pengalaman yang berbeza kerana EA telah menggunakan teknologi HyperMotion.

Menurut EA, FIFA 22 akan dikuasakan oleh teknologi HyperMotion yang menggabungkan Advanced 11-versu 11 Match Capture dan teknologi pembelajaran mesin eksklusif. Ini akan memberikan pengalaman bola sepak paling realistik, lancar serta responsif untuk konsol next-gen dan Stadia. Pemain juga dapat membuka emosi asli, semangat dan fizikal dalam dunia permainan ini. Teknologi Hypermotion juga membolehkan penggabungan first-ever motion capture untuk 22 pemain bola sepak profesional yang bermain dengan intensiti tinggi.

Selain itu, algoritma pembelajaran mesin milik EA boleh mempelajari lebih daripada 8.7 juta bingkai tangkapan perlawanan, kemudian menulis animasi baru dalam masa nyata untuk menghasilkan pergerakan bola sepak yang organik merentasi pelbagai interaksi di padang. HyperMotion juga boleh mengubah cara pemain bergerak dan keluar bersama bola sama ada shot, pass atau cross.

FIFA 22 turut menawarkan ciri-ciri mendalam dan inovatif di bahagian gameplay popular lain. Peminat boleh mengharapkan lebih banyak konsistensi dan personaliti yang berbeza antara pos dengan sistem semula penjaga goal yang lengkap, Create a Club di Career Mode, memainkan semula gameplay di VOLTA FOOTBALL, dan memperkenalkan FIFA Ultimate Team Heroes, iaitu item baru yang mewakili kisah dan kegemilangan kumpulan pemain kegemaran mereka.

Di samping itu, penyerang Paris Saint-Germain dan ikon bola sepak global, iaitu Kylian Mbappe akan menjadi muka depan untuk game FIFA buat kali kedua berturut-turut! Ini menjadikan Mbappe salah satu dari pemain berstatus bintang menjadi muka depan seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Dengan 17,000 pemain, lebih 700 pasukan, 90 stadium dan lebih 30 liga untuk dimainkan, FIFA 22 bakal memberikan anda bermain di pertandingan ikonik seperti UEFA Champions League, UEFA Europa League, UEFA Europa Conference League, Premier League, Bundesliga, LaLiga Santander, CONMEBOL Libertadores dan CONMEBOL Sudamericana.

Bagi mereka yang membuat pra-pesanan FIFA 22 Ultimate Edition sehingga 11 Ogos ini bakal menerima item pemain FUT Heroes yang tidak boleh didagangkan mulai 1 Disember. FIFA 22 Ultimate Edition akan merangkumi:

  • Ones to Watch player item
  • Four days Early Access
  • Dual Entitlement (free PlayStation 5 or Xbox Series upgrade)
  • 4,600 FIFA Points
  • Team of the Week 1 player item
  • Kylian Mbappe loan item
  • FUT Ambassador loan player pick
  • Career Mode Homegrown Talent

Anda kini boleh membuat pra-pesanan untuk FIFA 22 yang bakal tiba di konsol dan PC pada 1 Oktober ini! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game ini, anda boleh layari laman rasmi mereka. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami berkaitan FIFA, boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Pra-pesan di sini
FIFA 22
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: Electronic Arts
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Electronic Arts mengumumkan FIFA 22 bakal tiba ke PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Origin pada 1 Oktober ini! Menurut EA, FIFA 22 akan dikuasakan oleh teknologi HyperMotion yang menggabungkan Advanced 11-versi 11 Match Capture dan teknologi pembelajaran mesin eksklusif.
Tags: eaFIFA 22Kylian Mbappe
Previous Post

Anda adalah pembunuh! Crossover terbaru membawa Detective Conan ke Identity V!

Next Post

Temu ramah eksklusif: Bincangkan masa depan eSukan Malaysia bersama Kenchi!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Temu ramah eksklusif: Bincangkan masa depan eSukan Malaysia bersama Kenchi!

Temu ramah eksklusif: Bincangkan masa depan eSukan Malaysia bersama Kenchi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd