Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FFVII: Ever Crisis Akan Ditutup Oktober 2026 Selepas 3 Tahun Beroperasi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
FFVII: Ever Crisis Akan Ditutup Oktober 2026 Selepas 3 Tahun Beroperasi
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix mengumumkan bahawa RPG free-to-play untuk mobile dan PC, Final Fantasy VII: Ever Crisis, akan menamatkan perkhidmatan pada 7 Oktober 2026. Ini menandakan pengakhiran hayat game tersebut selepas tiga tahun.

Menurut kenyataan rasmi, server game ini akan ditutup pada 7 Oktober 2PM.

Important: End of Service (1/5)

After careful consideration, we have decided to end the service of FINAL FANTASY VII EVER CRISIS on Oct. 6, 2026, at 11:00 PM PDT. Thank you for playing the game over the years.

Full announcementhttps://t.co/jfEIB9nJ8Q#FF7EC

— FINAL FANTASY VII EVER CRISIS_EN|FF7EC (@FFVII_EC_EN) July 8, 2026

Seiring dengan pengumuman, Square Enix telah menghentikan serta-merta jualan Red Crystal (mata wang premium dalam game). Sungguhpun begitu, pemain masih boleh membelanjakan baki Red Crystal yang sedia ada sehingga server ditutup pada bulan Oktober nanti. Bagi melindungi privasi pengguna, semua data akaun akan dipadamkan sebaik sahaja proses penutupan selesai.

Ever Crisis asalnya dilancarkan pada iOS dan Android pada 7 September 2023, sebelum di PC melalui Steam pada 6 Disember 2023. Dibangunkan bersama Applibot, game ini membawakan “remake versi alternatif ” dengan menghimpunkan keseluruhan garis masa Final Fantasy VII (termasuk siri asal, Crisis Core, dan The First Soldier) ke dalam format RPG gacha secara episodik.

Important: End of Service (3/5)

To our players:
A message from the development and management teams has also been posted.
Please view the message via the link below.https://t.co/a6VVkx6LL7#FF7EC

— FINAL FANTASY VII EVER CRISIS_EN|FF7EC (@FFVII_EC_EN) July 8, 2026

Walaupun bakal ditutup, pihak pembangun komited untuk menyelesaikan jalan cerita sedia ada dan membawa kandungan terakhir menarik buat para pemain. Menerusi “Final Season Roadmap”, game ini akan menawarkan pelbagai babak cerita, events, dan kempen sebelum ditutup :

  • Julai 2026:
    • Story: Pelancaran Before Crisis -Final Fantasy VII- Chapter 1.
    • Events: Acara “Beach Festival Fun! (Reawakened)”, Damage Ranking #3, dan Guild Battle #25.
    • Kemas Kini Kandungan: Penambahan mod kekal “Trial of the Summons (Fury)”.
    • Campaigns & Draws: Kempen “FFVII EC Festival of Gratitude Campaign” bermula (sehingga September), bersama Festival of Gratitude Limit Break Draw, Tifa New Weapon Featured Draw, serta satu lagi draw baharu.
  • Ogos 2026:
    • Story: Pelancaran serentak dua babak cerita iaitu Before Crisis -Final Fantasy VII- Chapter 2 dan Final Fantasy VII Chapter 12.
    • Events: Acara baharu, Battle Ranking #17, dan Guild Battle #26.
    • Campaigns & Draws: Kempen “FFVII EC Summer Campaign Vol. 2”, Festival of Gratitude Crossover Draw, serta dua draw baharu.
  • September 2026:
    • Story: Klimaks jalan cerita bagi kedua-dua siri—Before Crisis -Final Fantasy VII- Chapter 3 (Finale) dan Final Fantasy VII Chapter 13 (Finale).
    • Events: Acara baharu, “3rd Anniversary Tower Event”, “Weapon Majeure Great Hunt”, “Supreme Weapon Majeure Great Hunt Event”, serta Guild Battle #27.
    • Campaigns & Draws: Kempen “3rd Anniversary Campaign” berserta dua Limit Break Draws baharu.
  • Oktober 2026:
    • Penutupan: Penyelenggaraan terakhir dan penutupan server pada 7 Oktober, jam 2:00 petang.

Important: End of Service (4/5)

The attached image shows the game's roadmap leading up to the end of the service.
We hope you continue to enjoy FINAL FANTASY VII EVER CRISIS until the end.#FF7EC pic.twitter.com/JSTfFxLtZ7

— FINAL FANTASY VII EVER CRISIS_EN|FF7EC (@FFVII_EC_EN) July 8, 2026
Tags: Final Fantasy VII: Ever CrisisMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon UP Lancar 15 Julai – Latih Digimon Kegemaran Di Telefon Pintar

Next Post

Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam
Anime

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam

July 8, 2026
Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir
Berita

Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir

July 8, 2026
Digimon UP Lancar 15 Julai – Latih Digimon Kegemaran Di Telefon Pintar
Mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd