Bandai Namco bersama pembangun Dimps secara rasmi melancarkan Future Saga Chapter 4, iaitu DLC terakhir buat action-RPG popular Dragon Ball Xenoverse 2. Expansion ini adalah pengakhiran kepada jalan cerita yang telah berjalan selama hampir sedekad, sejak game ini mula dikeluarkan pada penghujung tahun 2016.
Bab penutup menjadi klimaks kepada eksperimen manipulasi sejarah oleh sang antagonis, Fu. Di sini, pemain akan menghadapi pertarungan terakhir demi memulihkan garis masa sebelum ia terpadam buat selama-lamanya.
Bagi membantu pemain berdepan ancaman ini, DLC terakhir memperkenalkan dua watak utama boleh dimainkan bersama transformasi unik masing-masing:
- Supreme Kai of Time (Ultra Supervillain): Chronoa terpaksa turun ke medan lawan selepas tewas kepada pengaruh jahat Fu. Dia tampil dengan aura gelap mengancam serta kristal merah jambu yang tertanam di dadanya.
- Goku (Ultra Supervillain Quelled): Berbeza dengan mangsa Fu yang lain, Goku berjaya mengekang pengaruh jahat tersebut. Dengan mengalirkan tenaga kegelapan itu tanpa tunduk kepadanya, dia berjaya mengakses variasi unik bagi mod Ultra Instinct.
Sebelum pelancaran hari ini, Bandai Namco sempat merahsiakan beberapa ciri menarik sebelum mendedahkannya sepanjang beberapa hari lalu. Antara pembaharuan utama yang dibawakan termasuklah:
- Gallery of Time: Ciri galeri baharu yang membolehkan pemain melihat lebih daripada 1,000 ilustrasi loading screen, serta menonton semula detik-detik sinematik penting daripada story mode Time Patrol.
- Ultra Time Patrol Battle: Quest cabaran kesukaran tinggi yang direka untuk menguji kecekapan pemain veteran menentang barisan watak ikonik Dragon Ball.
Selain tarikan utama di atas, pek DLC ini turut memuatkan pelbagai kandungan tambahan standard:
- 1 Extra Mission
- 2 Parallel Quest
- 4 Additional Move (termasuk Awoken Skill baharu)
- 6 Costume dan Accessory
- 4 Super Soul
- 8 Loading Screen Illustration
- 1 New Stage
Pelancaran Future Saga Chapter 4 turut hadir bersama kemas kini percuma untuk semua pemain, yang meningkatkan level cap watak sehingga ke level 199.
Dragon Ball Xenoverse 2 boleh didapati di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam. Pemain yang sudah memiliki Future Saga Pack Set akan menerima bab baharu ini secara automatik, manakala pemain lain boleh membelinya secara berasingan melalui platform masing-masing.








Discussion about this post