Segalanya bermula pada tahun 2004 di mana Type-Moon, sebuah organisasi soft doujin, melancarkan produk komersialnya yang pertama- sebuah visual novel PC yang ramai akan kenal sebagai Fate/stay night. Antara tema, plot dan gaya penceritaannya yang unik oleh Kinoko Nasu, Fate/stay night dengan serta-merta menjadi sebuah sensasi. Akhirnya, melahirkan francais multimedia besar yang terlibat dengan segala platform media termasuk mencipta siri animasi mereka sendiri kepada terbitan light novel.
Untuk tidak panjang cerita, mari kita cerita tentang game ini pula. Fate/EXTELLA LINK ialah sekuel kepada Fate/EXTELLA: The Umbral Star, dan merupakan keluaran terbaru dalam siri game Fate. Fate/EXTELLA LINK ialah game action yang jatuh di kategori musou, di mana pemain harus berlawan ombak demi ombak musuh di medan perang yang luas. Sedikit gameplay daripada kami di Gamer Santai. Ayuh lihat sebelum kita mula ulasan ini!
Latar Belakang
Gameplay, jalan cerita dan dongeng daripada Fate/EXTELLA LINK bercampur-aduk dan beroperasi dengan rentak yang tidak masuk akal.Tetapi bagi pendapat saya, ini sangat memuaskan kerana mengambil inspirasi daripada anime, sejarah Eropah, sihir dan teknologi dan dikumpulkan menjadi satu plot cerita teguh. Game ini berlangsung di sebuah istana ala-ala medieval yang tergantung di langit. Untuk pengetahuan semua, siri ini amat esoterik (abstrak dan hanya difahami oleh golongan-golongan tertentu) dan berat bergantung kepada dongeng. Ini memerlukan pemain untuk mempunyai ilmu tentang terminologi dan sejarah asas untuk betul-betul faham dan hargai jalan ceritanya.
Tetapi pemain jangan risau kerana developer telah menyertakan Glossary untuk pemain baca agar mereka boleh faham situasi terkini yang berlaku di dalam game. Pemain tidak wajib untuk membaca Glossary itu, tapi rugilah jika pemain tidak ingin faham jalan cerita yang berlaku. Jika perkara ini berlaku, pemain hanya merasa game musou yang penuh dengan karakter dinamik tetapi tidak mendalami plot dan hala tuju pun tidak jelas sekali.
Ringkasan Cerita
Selepas peristiwa di Fate/Extella: The Umbral Star, protagonis Hakuno Kishinami (pemain boleh namakan watak utama) sedang hidup tenang di dunia virtual yang dikenali sebagai SE.RA.PH. Di sisinya ialah Servant utama daripada game sebelum- Nero Claudius, Tamamo no Mae dan Altera Larva– yang telah berdamai sesama sendiri. Seperti yang disangkakan dalam setiap jalan cerita cliche, pelbagai situasi buruk mula berlaku. Altera diculik oleh entiti misteri manakala yang tertinggal telah diselamatkan oleh Servant baru bernama Charlemagne selepas mereka diserang oleh sekumpulan Attack Program liar. Kini mereka menggunakan bantuan sekutu Noble Phantasm sebagai base camp mereka, dan memulakan pengembaraan untuk mengenal pasti mengapa dunia dalam kekacauan serta selamatkan Altera daripada penculik misteri tersebut.
Dapat hadam tak semua? Kalau dapat, tak ada masalah lah untuk kamu ikut cerita yang lain. Bagi mereka yang masih tidak faham, saya sarankan baca Glossary.
Watak dan Perwatakan
Dalam Fate/EXTELLA LINK, pemain mempunyai akses kepada 16 Servant yang berasal daripada Fate/EXTELLA: The Umbral Star, serta karakter daripada siri Fate yang lain. Karakter yang ekstra ini akan memasuki medan perang sebagai playable character, lantas menambah kekuatan kepada unit anda untuk menewaskan musuh.
Pemain yang sudah biasa dengan siri Fate/EXTELLA pasti akan kenal 10 wira legenda yang ditambah dalam barisan 16 watak daripada judul sebelum ini. Diambil daripada sejarah siri Fate, wira ini pelbagai dan terdiri daripada lanun wanita yang dinamakan sempena penjelajah terkenal sehingga ke watak yang personalitinya berdasarkan pembunuh siri sebenar Hungary. Jalan cerita ini berkisarkan tentang seorang Servant bernama Charlemagne yang kemudian akan menyelamatkan kawan Servant-nya Altera Larva (merupakan sebuah watak daripada siri-siri sebelum ini). Story arc yang menggabungkan sejarah daripada siri Fate sebelum ini disusun dengan kemas dan mudah difahami jika pemain baca dan mempunyai pengetahuan asas.
Sistem Pertempuran
Fate/EXTELLA LINK mempunyai elemen JPRG pada gameplay-nya, di mana pemain harus menjelajah bandar, bercakap dengan NPC, kumpul experience dan level up-kan watak pemain. Apabila Servant menjadi semakin kuat, mereka akan belajar abiliti baru dan lakukan lebih banyak damage kepada musuh. Game ini juga mempunyai combo attack unik yang boleh digunakan apabila pemain menggunakan sususan karakter yang betul.
Jika watak dan jalan cerita menjadi intipati, gameplay dan visual ini pula menjadi tumpuan penglihatan dan style. Setiap wira dilengkapi dengan set pergerakan istimewa yang boleh dicampur-aduk oleh pemain untuk melindungi rakan sekutu dan menangkap kubu musuh. Pemandangan visual yang pelbagai sangat sesuai dengan battle mechanic sedia ada game ini. Ada beberapa serangan tertentu yang boleh dikoordinasikan antara wira dan Servant. Serangan ini, yang diberi nama seperi Moon Drives, Drive Skills dan Chain Phantasms, boleh digunakan untuk sergah pihak musuh yang lebih kuat jika keadaan itu ditepati. Jika anda semua nak main cara pandai, korang simpan yang power-up dan berjaga-jaga lah daripada serangan musuh.
Sebagai seorang gamer, saya dapat merasa kombinasi light/ heavy attack. Ini menjadi kebiasaan dalam setiap game action adventure, tetapi apa yang saya nak kata ialah kombo dalam game ini bersambung dengan kadar yang pendek dan pantas, lantas menjadi move sequence ini sangat-sangat smooth dan berjalan lancar. Mengikut gaming style korang, korang boleh menumpaskan satu musuh dengan kombinasi serangan yang pantas atau menghantar sekumpulan musuh ke langit hanya dengan kekuatan serangan anda. Ini menjadi satu kemajuan yang bagus untuk siri yang asalnya bermula sebagai game visual novel di PC.
Untuk kali pertama dalam siri ini, pemain boleh bergerak di dalam base camp mereka yang dibahagi kepada tiga seksyen: My Room (untuk customization), Strategy Room (untuk penyediaan sebelum berperang dan side mission), dan Barrack ( untuk lawan!). Saya terutamanya suka side mission kerana membolehkan kita sebagai pemain untuk merapatkan hubungan dengan Servant, di mana setiap Servant mempunyai backstory yang kompleks dan menarik seperti watak utama.
Multiplayer
Ya, ada! Fate/EXTELLA LINK mempunyai support untuk online multiplayer, di mana pemain boleh berlawan dalam pertarungan 4v4 dengan 7 pemain lain. Ada beberapa format pertarungan yang berbeza untuk multiplayer team battle, seperti ‘King of the Hill‘, jadi bahagian ini mewujudkan variasi untuk game ini kalau pemain pun dah bosan sangat main story mode sahaja.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Fate/EXTELLA LINK memiliki campuran watak yang pelbagai personaliti tetapi dilicinkan oleh battle mechanic-nya yang smooth. Ini melahirkan efek seimbang yang saya sendiri pun agak terkejut. Game ini lebih kepada time investment dan bukan hanya main sahaja, tetapi saya rela dan rasa berbaloi untuk meluangkan masa bagi game ini. Jika anda tahu apakah maksud Servant dalam konteks Fate/EXTELLA, anda akan diingatkan kembali kepada kegemilangan game ini ketika loncat ke genre platform gaming. Jika korang masih blur tetapi masih mengikut sinopsis saya ini, game ini pun takkan jadi masalah daripada segi interpretasi. Fate/EXTELLA LINK boleh didapati pada 19 Mac 2019 di pelantar PlayStation 4, PlayStation Vita, Nintendo Switch, dan Steam. Jika rasa nak tahu perkembangan siri Fate, apa kata cuba sekali EXTELLA LINK. Takkan menyesal.
@gamersantaimy
The Review
Fate/EXTELLA LINK
Suatu game genre musou yang menarik, tetapi keseronokan yang pemain dapat merasa bergantung kepada berapa banyak anda boleh faham daripada jalan ceritanya. Peminat lama boleh terus faham manakala pemain baru haru mengkaji sedikit tentang judul lain dalam siri Fate.
PROS
- Jalan cerita yang teliti dan bagus.
- Mekanik tempur yang mudah untuk belajar dan tidak membebankan.
- Perkembangan watak dan perwatakan yang bagus.
CONS
- Susah bagi mereka yang tidak kenal siri Fate.
- Sistem camera yang celaru dan tidak fokus kepada satu titik walaupun target telah dikunci.
Review Breakdown
-
Sangat suka cerita dan battle mechanic-nya!
Discussion about this post