Kepada semua yang tak kenal siapakah King Zell, dia adalah seorang pengguna aktif di ResetERA (website untuk berita gaming) terutamanya di bahagian forum gaming. Dia juga adalah pembocor rahsia terkenal yang telah banyak kali membocorkan maklumat-maklumat seperti Nintendo Direct pada Februari 13 dan juga Pokemon 2019 RPG untuk Nintendo Switch. Hampir semua maklumat yang disebarkan dia, tepat belaka! Kini dia kembali dengan satu lagi rahsia bocor yang mengatakan Monster Hunter akan hadir di Nintendo Switch pada awal tahun 2020!
Rumor: Monster Hunter Switch Could Arrive Early 2020 According To King Zell https://t.co/1Wqz60U3rW pic.twitter.com/oT7BPOmy0d
— NintendoSoup (@ninsoup) March 16, 2019
Bulan ini, CAPCOM menyambut sambutan ulang tahunnya yang ke-15 untuk francais Monster Hunter. Pada laman web rasmi sempena ulangtahun tersebut, terdapat satu mesej daripada developer game itu sendiri! Mesej tersebut nampaknya mempunyai rahsia tersembunyi. Cuba perhatikan perkataan “NEXT” dalam mesej tersebut. Adakah benar tekaan King Zell kali ini?
Disebabkan khabar angin yang “bocor” ini, ramai peminat memberi spekulasi masing-masing. Terdapat peminat yang mengatakan game terbaru Monster Hunter itu akan dipanggil Monster Hunter NEXT ataupun NX. Namun demikian, segala maklumat yang ada di sini, masih belum mendapat kesahihan dari pihak developer sendiri. Jadi, sabar semua, kita tunggu saja pengumuman rasmi dari CAPCOM!
Sumber: Nintendo Soup
@gamersantaimy
Discussion about this post