Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games Store Meriahkan 2026 Dengan Tiga Game Percuma!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 2, 2026
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
Epic Games Store Meriahkan 2026 Dengan Tiga Game Percuma!
Share on FacebookShare on Twitter

2025 sudah berakhir, dan Epic Games Store kini memberikan hadiah terakhir kepada para pemain dengan tiga game percuma untuk ditebus. Mengakhiri giveaway percuma sempena musim cuti, platform ini menawarkan Total War: Three Kingdoms, Wildgate, dan Skul: The Hero Slayer (untuk peranti mobile) tanpa sebarang kos.

Pemain PC boleh menambah Total War: Three Kingdoms dan Wildgate ke dalam koleksi mereka secara percuma sehingga 9 Januari 2026. Ini menandakan kepulangan kepada format game percuma secara mingguan seperti biasa selepas tempoh game percuma harian.

Battle your way through ancient China. Get Total War: Three Kingdoms for FREE from our Holiday Sale. Offer ends January 8 at 11 AM ET. https://t.co/mqSSRozzVT pic.twitter.com/nbs0FblO0E

— Epic Games Store (@EpicGames) January 1, 2026

Total War: Three Kingdoms, daripada pembangun Creative Assembly, merupakan sebuah game yang menerima sambutan hangat daripada para pengkritik.

Dikeluarkan pada tahun 2019, game ini berlatarkan era Three Kingdom yang bergolak di China purba, di mana pemain boleh memilih daripada tokoh-tokohlegenda untuk menyatukan negara melalui diplomasi atau penaklukan. Game ini menawarkan pengurusan empayar turn-based yang luas dengan combat real-time.

Lazimnya dijual pada harga RM159, judul ini menawarkan pengalaman yang mengasyikkan untuk peminat strategi.

Scour for loot among the stars ✨ Get Wildgate for FREE from our Holiday Sale. Offer ends January 8 at 11 AM ET. https://t.co/mqSSRozzVT pic.twitter.com/0XbmuZUVAc

— Epic Games Store (@EpicGames) January 1, 2026

Bagi mereka yang mencari pengalaman yang lebih berorientasikan aksi, Wildgate menawarkan aksi multiplayer shooter PvPvE (player versus player versus environment).

Dibangunkan oleh pasukan yang dianggotai oleh bekas pembangun Blizzard, game ini mengisahkan pertembungan antara kru-kru yang bersaing di sebuah kawasan angkasa lepas yang berbahaya dan sentiasa berubah.

Pemain akan terlibat dalam pertempuran antara kapal angkasa dan juga combat bersenjata darat sambil mereka bersaing untuk mencuri artifak, merampas harta karun, dan melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa. Game ini asalnya dijual pada harga RM89.99.

Rescuing the Demon King takes guts, no bones about it 💀🗡️ Get Skul: The Hero Slayer for FREE from our Holiday Sale. Offer ends January 8 at 11 AM ET. https://t.co/PoDxIgJsWh

Available for free on Android worldwide and iOS in select countries. pic.twitter.com/p0R1fsB7H8

— Epic Games Store (@EpicGames) January 1, 2026

Melengkapkan tawaran percuma di atas ialah Skul: The Hero Slayer, yang tersedia secara percuma pada peranti Android melalui aplikasi Epic Games Store. Game platformer rogue-lite 2D ini telah direka semula untuk peranti mobile dan menawarkan pengalaman yang mencabar serta padat dengan aksi.

Selepas promosi ini tamat, pemberian percuma mingguan akan diteruskan dengan Bloons TD 6 bermula dari 9 Januari.

Tags: epic games store
ShareTweetSend
Previous Post

Pengarah Ryan Coogler Dedahkan Skrip Asal ‘Black Panther 2’ Sebelum Pemergian Chadwick Boseman

Next Post

“Love Live! Nijigasaki High School Idol Club The Movie – Finale – Chapter 2” Akan Tayang Di Malaysia Bersama Fan Screening!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
“Love Live! Nijigasaki High School Idol Club The Movie – Finale – Chapter 2” Akan Tayang Di Malaysia Bersama Fan Screening!

"Love Live! Nijigasaki High School Idol Club The Movie – Finale – Chapter 2" Akan Tayang Di Malaysia Bersama Fan Screening!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd