Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elegan & canggih, ‘vivo V27’ kini tersedia di Malaysia – harga bermula RM1,799!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2023
in Artikel, Berita, Produk, Promosi, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Elegan & canggih, ‘vivo V27’ kini tersedia di Malaysia – harga bermula RM1,799!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, vivo Malaysia telah memperkenalkan vivo V27. Ia merupakan satu penambahan pakar potret tahap perdana terkini kepada siri V yang bergaya. Dilengkapi dengan Sistem Potret Cahaya Aura yang eksklusif, reka bentuk warna yang bergaya, cip 4nm berprestasi tinggi dan skrin melengkung 3D, vivo V27 adalah telefon pintar lengkap untuk pengguna yang ingin merakam setiap detik kehidupan mereka.

Teknologi kamera tahap-perdana

Menampilkan sensor Sony IMX766V dengan algoritma Cahaya Aura dan Potret yang berfungsi seiringan, kamera berupaya menerangi wajah untuk potret yang hebat pada waktu malam. Kamera belakang vivo V27 dilengkapi dengan OIS, yang membolehkan pendedahan lebih lama dan meningkatkan kemasukan cahaya sehingga enam kali ganda untuk menghasilkan gambar yang lebih stabil dan berkualiti yang diambil dalam keadaan cahaya malap.

Capai video bercahaya malap lebih jelas dan rakam vlog seperti profesional vivo V27 menggabungkan dua fungsi video untuk hasil yang lebih baik – Video Malam Super dan Penstabil Imej Hibrid (OIS+EIS). Video Malam Super mengurangkan hingar dalam rakaman malam dan menjadikan video kelihatan lebih terang, manakala Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS) membuat pengiraan dan menstabil pergerakan sehingga 10,000 kali sesaat, memberikan pengguna rakaman yang lebih lancar, stabil dan jelas.

Unik dengan warna-warni dinamik

vivo V27 hadir dengan tiga pilihan warna – Emerald Green, Flowing Gold dan Noble Black. Setiap warna mempunyai aliran reka bentuk yang menawan yang memberikan rupa dinamik, artistik, ringkas dan elegan.

Edisi Emerald Green menggunakan Kaca Zamrud dengan kesan perubahan warna di bawah cahaya UV. Ia menggabungkan 14 lapisan salutan gred-nano untuk meningkatkan kelicinan dan kejernihan kaca. Emerald Green memberikan penampilan yang menyegarkan sambil menunjukkan warna dinamiknya.

Edisi Noble Black menggunakan Kaca AG Fluorit tetapi dengan tekstur kilauan timbul pada permukaan yang menyerupai bintang di langit malam. Edisi Flowing Gold menggunakan teknologi Gradien Warna Titik Cahaya 3D untuk mencipta corak riak air yang memberikan telefon kesan visual 3D pada permukaan 2D.

Cip prestasi-tinggi melancarkan pertukaran aplikasi vivo V27 menampilkan pemproses canggih 4nm, penggunaan kuasa yang sangat rendah, kelajuan pemprosesan yang lebih tinggi dan peningkatan prestasi yang ketara berbanding generasi sebelumnya. Ia dilengkapi dengan Extended RAM 3.0 2 yang menyokong sehingga 8GB RAM maya, bekerjasama dengan cip 4nm untuk membantu pengguna bertukar aplikasi dengan lancar dan menyimpan data.

Visual skrin menakjubkan

Menampilkan skrin melengkung 3D 6.78”, vivo V27 memberikan pengalaman visual yang lebih mengasyikkan dan menarik dengan kadar segar semula 120 Hz, 1.07 bilion warna dan kecerahan dan kontras ultra tinggi. Skrin melengkung 3D menawarkan butiran terperinci, menawarkan pengguna pengalaman visual mengasyikkan seperti di pawagam.

vivo V27 ialah telefon pintar skrin melengkung paling nipis dan paling ringan dalam sejarah vivo, dengan ketebalan 7.36mm dan berat 180g, memberikan genggaman telefon yang selesa. Hayat bateri lebih panjang memberi lebih kegembiraan vivo V27 dilengkapi bateri 4,600mAh (TYP), dan membolehkan kuasa pengecasan 66W dengan kecekapan penukaran tenaga puncak sehingga 97.5% menggunakan teknologi FlashCharge yang dibangunkan vivo sendiri.

Disokong lagi dengan sistem penyejukan canggih, telefon boleh dicas hingga 50% dalam masa 19 minit sahaja semasa skrin dimatikan. Bateri ini membolehkan pengguna memainkan video, muzik, permainan atau semudah kekal berhubung secara berterusan untuk lebih lama, dan mempunyai jangka hayat dua kali ganda berbanding standard industri.

Harga dan ketersediaan

vivo V27 boleh didapati dalam dua varian dan berharga RM1,799 untuk 8GB+256GB dan RM1,999 untuk 12GB+256GB. Pengguna boleh mendapatkannya di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok.

Dari 1 April hingga 1 May 2023, pelanggan yang membeli vivo V27 layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM957, termasuk jaminan lanjutan 1 tahun, perlindungan skrin 1 tahun dan kotak hadiah eksklusif. Tambahan pula, vivo juga memberikan Diskaun Pendidikan bernilai RM50 untuk pembelian vivo V27 varian 12GB dengan menunjukkan kad pengenalan pendidikan/kerja mereka semasa membuat pembelian.


Baca segala liputan kami tentang produk vivo di SINI.

Tags: SmartphoneTeknologivivo V27
Previous Post

Mushoku Tensei Season 2 akan tiba Julai 2023, sambung kisah Rudeus!

Next Post

Kurang sambutan daripada penerbit game, E3 2023 sah dibatalkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
Next Post
Kurang sambutan daripada penerbit game, E3 2023 sah dibatalkan

Kurang sambutan daripada penerbit game, E3 2023 sah dibatalkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd