Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kurang sambutan daripada penerbit game, E3 2023 sah dibatalkan

safwan by safwan
March 31, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Kurang sambutan daripada penerbit game, E3 2023 sah dibatalkan
Share on FacebookShare on Twitter

ReedPop bersama Entertainment Software Association (ESA) telah mengumumkan yang acara E3 2023 telah pun dibatalkan. Acara ini dijadualkan akan berlangsung bermula 13 Jun sehingga 16 Jun di Los Angelas Convention Center secara fizikal dan juga digital.

News on #E32023 from the source. pic.twitter.com/BK7TUlb8mZ

— E3 (@E3) March 30, 2023

Menurut laporan IGN, ESA telah mengeluarkan kenyataan awam seperti berikut:

Ini adalah keputusan yang sukar kerana semua usaha yang kami dan rakan kongsi kami lakukan untuk menjayakan acara ini, tetapi kami terpaksa melakukan perkara betul untuk industri dan perkara yang sesuai untuk E3.

Kami menghargai dan memahami bahawa terdapat beberapa syarikat yang berminat tidak akan menyediakan demo yang boleh dimainkan dan cabaran menjadikan berada di E3 musim panas ini sebagai halangan yang tidak dapat mereka atasi. Bagi mereka yang komited dengan E3 2023, kami memohon maaf kerana tidak dapat mempamerkan pameran yang anda layak dan yang anda jangkakan daripada pengalaman acara ReedPop.

Kyle Marsden-Kish, Global VP of Gaming, ReedPop

Kalau anda nak tahu, ia sebenarnya merupakan acara tahunan bagi industri game dan kali terakhir kita lihat E3 diadakan secara fizikal adalah pada tahun 2019. Acara ini telah dibatalkan pada 2020 berikutan dengan pandemik COVID-19. Namun, acara ini telah berlangsung secara digital pada tahun 2021. Malang sekali E3 2022 turut dibatalkan atas sebab tertentu.

Dan sejak itu, banyak syarikat besar telah mengadakan acara mereka sendiri secara digital. Pada bulan ini sahaja, kita telah melihat beberapa syarikat besar yang tidak akan menyertai E3 2023 seperti Xbox, Nintendo, PlayStation dan banyak lagi. Mereka masing-masing akan membuat acara mereka sendiri secara digital.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: E3E3 2023E3 2023 Cancelled
Previous Post

Elegan & canggih, ‘vivo V27’ kini tersedia di Malaysia – harga bermula RM1,799!

Next Post

LIVE A LIVE Akan Hadir ke PS5, PS4 dan Steam Pada Hujung April Ini!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
LIVE A LIVE Akan Hadir ke PS5, PS4 dan Steam Pada Hujung April Ini!

LIVE A LIVE Akan Hadir ke PS5, PS4 dan Steam Pada Hujung April Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd