EA secara rasmi mengumumkan permainan baru Battlefield sedang dikembangkan untuk konsol dan PC, melalui blog post EA. Battlefield baru ini dijadualkan keluar pada hujung tahun 2021, dan ianya merupakan kerjasama yang besar antara empat pembangun, iaitu EA DICE, Criterion, DICE Los Angeles, dan EA Gothenburg.
Battlefield baru untuk konsol next-gen
Sebelum ini, EA mengumumkan Criterion (pembangun mod battle royale Firestorm Battlefield 5) telah direkrut untuk membantu EA DICE mengembangkan permainan Battlefield baru. Permainan ini akan menyediakan segala yang digemari peminat Battlefield dengan gameplay lagi hebat! Pemain akan merasai peperangan lebih epik, momen gila yang tidak diduga dan kemusnahan yang boleh mengubah corak permainan. DICE turut menjanjikan pertempuran besar dengan lebih ramai pemain.
Selain itu, EA turut menyatakan permainan Battlefield baru akan tiba di platform next-gen dan PC, dengan bantuan pemaju EA Gothenburg. Terdapat khabar angin sebelum ini menyatakan ianya akan dilancarkan untuk PS5, PS4, Xbox One dan Xbox Series X|S. Namun, masih belum ada pengesahan rasmi buat masa sekarang dari EA.
“Get ready for our reveal “soon”, melengkapkan catatan blog tentang permainan Battlefield baru. Ini dapat menguatkan lagi khabar angin sebelum ini mengenai kemunculan permainan tersebut, di mana terdapat individu telah membocorkan Battlefield baru akan dilancarkan pada bulan Mei.
Battlefield Mobile akan hadir pada tahun depan
EA turut mengumumkan permainan Battlefield mobile yang sedang dibangunkan oleh Industrial Toys. Permainan mobile ini “sangat berbeza” dari gameplay Battlefield di konsol dan PC. Akan dibangunkan semula dari awal, iToys ingin mencipta pengalaman “on-the-go” untuk Battlefield di mana pemain boleh mengharapkan sistem pertempuran “skill-based” yang sama mengasyikkan seperti di konsol dan PC. Permainan ini sedang dalam fasa pengujian dan akan dilancarkan pada tahun 2022.
Buat masa ini, tidak banyak maklumat mengenai Battlefield mobile diumumkan, kecuali tentang spin-off yang sedang memasuki fasa ujian. Mungkin permainan tersebut telah hampir ke tahap sepenuhnya sebelum dilancarkan tahun depan. Harapnya kita akan diberikan lebih banyak maklumat mengenai pendedahan Battlefield baru ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post