Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DualSense God of War Ragnarok akan mula dijual 9 November 2022, bernilai RM369!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 27, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, Produk, PS4, PS5
0 0
0
DualSense God of War Ragnarok akan mula dijual 9 November 2022, bernilai RM369!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) hari ini mengumumkan bahawa DualSense Wireless Controller – God of War Ragnarok Edisi Terhad akan tersedia pada 9 November 2022, pada nilai harga RM369. DualSense Wireless Controller edisi terhad ini boleh didapati di semua pengedar sah PlayStation, kedai Sony dan peruncit sah.

Seperti yang korang boleh nampak di atas, Sony mempamerkan controller wayarles God of War Ragnarok DualSense yang reka bentuk mempunyai warna “cool blue” dan “icy white” — sesuai dengan skema warna umum bagi keseluruhan pengembaraan God of War dan turut diilhamkan oleh dunia mitologi Norse Midgard.

Bukan itu sahaja, DualSense ini dihiasi lagi dengan lambang beruang dan serigala di tengah yang mewakili Kratos dan Atreus.

Peminat GoW harus tahu bahawa ini adalah DualSense edisi terhad, yang bermakna peminat harus bertindak cepat untuk mendapatkannya. Sila rujuk kedai terdekat anda untuk maklumat lanjut!

God of War Ragnarök ialah game action-adventure akan datang yang dibangunkan oleh Santa Monica Studio dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment (SIE). Ia dijadualkan untuk keluar di seluruh dunia pada 9 November 2022, untuk PlayStation 4 (PS4) dan PlayStation 5 (PS5).

Sebagai sekuel kepada God of War 2018, game ini menampilkan protagonis Kratos dan anak lelakinya, Atreus, yang kini sudah remaja. Berikut adalah sinopsis:

Berlangsung tiga tahun selepas peristiwa game sebelum, Fimbulwinter, musim sejuk yang berlangsung selama tiga musim panas, bakal tamat dan ini menandakan permulaan Ragnarök. Kratos dan anak lelakinya Atreus mula merentasi “nine realm/sembilan alam” untuk mencari cara bagi menghalang Ragnarök sambil mendapatkan jawapan di sebalik identiti Atreus sebagai Loki.

Sekali lagi saya ingatkan, DualSense God of War Ragnarok akan dikeluarkan pada tarikh yang sama dengan game, iaitu pada 9 November pada nilai harga RM369.

Untuk membaca segala liputan kami tentang GoW, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DualSenseGod of War Ragnarokps5
Previous Post

Iklan Game One Punch Man Terlampau “Cringe”, Ramai Peminat Kecam!

Next Post

Tonton Gundam : The Witch of The Mercury & Blue Lock di YouTube Ani-One Asia, akan keluar Okt 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!
Movie/siri

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

July 8, 2025
Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak
Acara

Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak

July 8, 2025
Next Post
Tonton Gundam : The Witch of The Mercury & Blue Lock di YouTube Ani-One Asia, akan keluar Okt 2022

Tonton Gundam : The Witch of The Mercury & Blue Lock di YouTube Ani-One Asia, akan keluar Okt 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd