Salah satu permainan yang diumumkan semasa siaran langsung Ulang Tahun ke-35 Dragon Quest adalah Dragon Quest Treasures yang dibintangi oleh Erik dan adiknya Mia dari Dragon Quest XI. Permainan ini akan menampilkan mereka berdua semasa zaman kanak-kanak. Walaupun dijangka akan keluar secara serentak di seluruh dunia, tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.
Dalam trailer di atas, Erik dan Mia (yang lebih muda) ditunjukkan sedang bekerja sama bersama beberapa raksasa. Sambil memegang pisau belati istimewa, masing-masing dapat menggunakan raksasa untuk melancarkan kebolehan istimewa. Tujuan utama mereka adalah untuk mencari sejenis “harta karun“. Berikut adalah mesej dari producer Taichi Inuzuka:
“Anda mungkin pernah melihat kami menunjukkan reka bentuk untuk Erik dan Mia sebagai kanak-kanak, dan selepas beberapa perubahan, mereka kini menjadi watak utama untuk ‘Treasures’.
Saya tidak dapat mendedahkan terlalu banyak mengenai permainan pada masa ini, tetapi saya dapat memberitahu anda tentang beberapa tema penting: ‘zaman kanak-kanak Erik dan Mia, dan ‘mencari harta karun’.
Ia adalah RPG, tetapi tidak sama seperti yang tradisional, dan hanya itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa sekarang.”
Erik adalah salah seorang watak terkenal dalam Dragon Quest XI dan merupakan ahli pertama yang menyertai watak utama dalam pengembaraannya. Dragon Quest Treasures kini dalam pembangunan dan akan dilancarkan serentak di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, di platform apa yang ia akan keluar tidak diumumkan.
@gamersantaimy
Discussion about this post