BlizzCon adalah sebuah acara tahunan yang diadakan oleh Blizzard Entertainment untuk mempromosikan game francais mereka seperti Warcraft, Starcraft, Diablo, Hearthstone, Heroes of the Storm dan Overwatch. Acara ini dianjurkan di Anaheim Convention Center, California sejak tahun 2005 sehingga tahun 2019. Acara ini juga turut mengadakan konsert sebagai malam penutup dengan menampilkan artis terkemuka seperti The Offspring, Foo Fighters, Ozzy osbourne, Blink-182, Metallica, Linkin Park dan Muse.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2020, acara ini terpaksa dibatalkan bagi faktor keselamatan pengunjung Blizzcon disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia, dan telah digantikan dengan acara digital, iaitu BlizzConline. Kini, Blizzard telah mengesahkan bahawa acara Blizzcon 2021 juga terpaksa dibatalkan atas faktor keadaan pandemik yang semakin rumit dan peningkatan kes masih berterusan.
Blizzard menyatakan mereka sedang merancang untuk mengadakan Blizzcon 2021 secara global pada awal tahun 2022, tetapi dengan mengurangkan jumlah himpunan peserta dan pengunjung. Menurut penerbit eksekutif Blizzcon, Saralyn Smith menyatakan acara ini memerlukan persiapan yang mengambil masa berbulan-bulan dari semua pihak Blizzard dan penganjur. Disebabkan pandemik yang masih berterusan ini telah mengganggu proses perjalanan kerja setiap pasukan. Maka, beliau mengambil keputusan untuk mengadakan acara global ini pada awal tahun depan, bersama dengan BlizzConline.
Acara BlizzCon tahun lalu, hari ini telah genap setahun dibatalkan, tetapi pembangun dan penerbit game Blizzard telah menjayakan acara ini di BlizzConline pada Februari lalu. Acara selama dua hari itu telah menampilkan pelbagai jenis game, panel pembangun dan beberapa pameran untuk komuniti secara online.
Buat masa ini, Blizzard telah mengumumkan beberapa barisan game baru yang akan tiba tidak lama lagi seperti Overwatch 2, Diablo 4, Diablo Immortal dan Diablo 2: Resurrected. Bagi yang ingin membaca liputan kami mengenai Blizzard, anda boleh tekan sahaja pautan yang tersedia ini.
Sumber: Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post