Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest Smash/Grow – Pradaftar Kini Tersedia Di App Store & Google Play!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 17, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Roguelike, RPG
0 0
0
Dragon Quest Smash/Grow – Pradaftar Kini Tersedia Di App Store & Google Play!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah membuka pra-pendaftaran untuk Dragon Quest Smash/Grow, sebuah RPG roguelite mobile baharu yang kini boleh didaftarkan melalui App Store dan Google Play. Game ini akan dilancarkan pada tahun 2026.

Secara am, Dragon Quest Smash/Grow fokus kepada combat yang pantas dan mudah dimainkan. Pemain akan menempuh gelombang demi gelombang monster dan menghabiskan mereka dengan serangan Coup de Grâce – serangan khas yang pasti dikenali oleh peminat tegar francais Dragon Quest.

Yang membezakan game ini daripada tajuk Dragon Quest yang lain ialah struktur roguelite-nya. Setiap kali pemain meneroka dungeon dalam game (yang dikenali sebagai “rift”) pengalaman yang dilalui akan berbeza. Ini kerana ada sistem power-up rawak yang dipanggil Blessings.

Blessings akan bertukar secara rawak pada setiap peringkat, jadi pemain perlu sentiasa berfikir secara spontan dan menyesuaikan strategi mengikut keadaan. Tiada dua run yang sama, dan itulah daya tarikan utama format roguelite.

Sepanjang pengembaraan, pemain akan ditemani oleh teman mekanikal bernama Roly. Jalan cerita utama pula berkisar tentang usaha memulihkan keamanan dunia yang telah dilanda huru-hara akibat kemunculan rift secara tiba-tiba di seluruh pelusuk dunia.

Game ini membawa semula sistem vocation klasik Dragon Quest, membolehkan pemain membentuk parti daripada pelbagai job class yang sudah biasa dikenali.

Perkembangan watak bukan sekadar leveling semata-mata; setiap vocation mempunyai skill tree tersendiri dengan node yang boleh dibuka untuk meningkatkan abiliti kelas tersebut dari semasa ke semasa.

Dragon Quest Smash/Grow turut menawarkan cooperative quest yang menyokong sehingga empat pemain, membolehkan rakan-rakan bekerjasama untuk menentang gerombolan monster bersama-sama.

Bagi pemain yang mencari cabaran lebih besar selepas menamatkan cerita utama, Square Enix menjanjikan pelbagai kandungan endgame. Mod Gauntlette akan mengadu pemain dengan jumlah musuh yang besar, manakala Shrines pula menawarkan pertarungan bossmencabar.

Pihak pembangun juga mengacah bahawa masih banyak lagi kandungan lain yang menunggu untuk diterokai semasa pelancaran nanti.

Setakat ini, tiada tarikh pelancaran khusus yang diumumkan selain jangka masa pelancaran pada tahun 2026. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Dragon Quest Smash/Grow
ShareTweetSend
Previous Post

Anime ‘Sekiro: No Defeat’ Rasmi Ditayangkan 2026, Pelakon Suara Game Turut Kembali!

Next Post

Seluruh Dunia Tolak Nvidia DLSS 5 – Teknologi AI Yang Tidak Diminta!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Seluruh Dunia Tolak Nvidia DLSS 5 – Teknologi AI Yang Tidak Diminta!

Seluruh Dunia Tolak Nvidia DLSS 5 - Teknologi AI Yang Tidak Diminta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd