Nvidia telah memperkenalkan DLSS 5, versi terbaharu kepada teknologi peningkatan grafiknya. Namun, pengumuman ini telah mencetuskan reaksi negatif yang tidak dijangka daripada komuniti gaming. Ramai pemain menuduh syarikat itu lebih mengutamakan gimik kecerdasan buatan berbanding peningkatan visual sebenar.
Apa Itu DLSS 5?
Daripada meningkatkan resolusi grafik sedia ada, DLSS 5 menggunakan “model rendering neural masa nyata” yang mengubah imej secara aktif.
Begini cara ia berfungsi: AI menganalisis data warna dan motion vector daripada satu frame untuk mengenal pasti elemen seperti watak, rambut, fabrik, kulit, dan keadaan pencahayaan persekitaran.
Kemudian, ia menjana tekstur dan pencahayaan yang dianggap lebih “fotorealistik” bagi menggantikan apa yang asalnya dicipta oleh pembangun game.
Menurut blog teknikal Nvidia, model ini dilatih untuk memahami “semantik adegan yang kompleks.” Ini termasuk mengenal pasti sama ada sesuatu adegan diterangi dari hadapan, dari belakang, atau dalam keadaan mendung — semuanya hanya dengan menganalisis satu frame sahaja.
Nvidia juga menyatakan bahawa mereka telah menangani masalah ketidakstabilan yang sering mengganggu model video AI sebelum ini. Penyelesaian mereka ialah dengan mengikat output AI kepada data yang diambil terus daripada game engine.
Reaksi Negatif
Reaksi daripada para gamer sebahagian besarnya negatif. Imej perbandingan yang dikeluarkan Nvidia untuk mempamerkan keupayaan teknologi ini sebaliknya menjadi bukti bagi pengkritik yang berhujah bahawa DLSS 5 merosakkan visual game, bukannya memperbaikinya.
Kritikan paling besar tertumpu pada perubahan watak dalam bahan promosi Resident Evil Requiem.
Imej yang membandingkan DLSS 5 apabila dihidupkan dan dimatikan menunjukkan bahawa watak Grace telah mengalami transformasi total. Para pemain berpendapat perubahan ini amat mengganggu dan tidak menghormati visi asal pembangun game.
Video perbandingan untuk Hogwarts Legacy dan EA Sports FC turut menunjukkan kebimbangan yang sama. Setakat ini, Nvidia masih belum memberikan sebarang maklum balas terhadap kritikan.
DLSS 5 akan dilancarkan pada musim luruh 2026 (sekitar September hingga Disember).









Discussion about this post