Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest Monsters: The Withered World Diumumkan Untuk Konsol & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2026
in Artikel, Berita, Microsoft, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Quest Monsters: The Withered World Diumumkan Untuk Konsol & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah mengumumkan siri spin-off terbaharu mereka, iaitu Dragon Quest Monsters: The Withered World.

Game ini akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, serta PC melalui Steam dan Microsoft Store. Di Jepun, game ini akan diterbitkan dengan tajuk Dragon Quest Monsters 4.

Walaupun Square Enix masih belum menetapkan tarikh pelancaran rasmi, pengumuman tersebut turut disertai dengan teaser “Coming Soon”.

Pencipta siri Yuji Horii menyatakan dalam siaran tersebut bahawa pasukan pembangunan sasar untuk melancarkan The Withered World sebelum game utama seterusnya, Dragon Quest XII: Beyond Dreams, yang kini sedang melalui proses pembangunan semula.

Mengikut formula siri sebelum ini iaitu Dragon Quest Monsters: The Dark Prince (yang menampilkan watak Psaro semasa muda dari Dragon Quest IV), game baharu ini juga mempunyai kaitan dengan satu lagi game utama yang klasik.

The Withered World akan menampilkan versi kanak-kanak bagi watak Bianca dan Nera (iaitu dua watak penting daripada Dragon Quest V: Hand of the Heavenly Bride) sebagai watak utama. Premis utama jalan cerita berkisar tentang usaha menghidupkan semula sebuah dunia yang gersang dan layu.

Untuk berbuat demikian, pemain akan meneroka dunia tersebut, merekrut serta melatih pelbagai jenis raksasa daripada francais ini, dan menggabungkan mereka menggunakan mekanik fusion yang menjadi keunikan siri spinoff ini untuk membina pasukan yang kuat.

Square Enix menyatakan bahawa butiran lanjut serta gameplay akan dikongsikan dalam kemas kini akan datang.

Tags: Dragon Quest Monsters: The Withered World
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon Quest XII Dinamakan Semula Kepada ‘Beyond Dreams,’ Pembangunan Bermula Semula Dari Awal

Next Post

Dragon Quest XI S Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada September 2026, Boleh Tempah Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Dragon Quest XI S Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada September 2026, Boleh Tempah Sekarang!

Dragon Quest XI S Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada September 2026, Boleh Tempah Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd