Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest XII Dinamakan Semula Kepada ‘Beyond Dreams,’ Pembangunan Bermula Semula Dari Awal

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 28, 2026
in Artikel, Berita, RPG
0 0
0
Dragon Quest XII Dinamakan Semula Kepada ‘Beyond Dreams,’ Pembangunan Bermula Semula Dari Awal
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa siaran khas sempena sambutan ulang tahun ke-40 francais tersebut, Square Enix telah mengumumkan perubahan besar dalam hala tuju RPG yang amat dinanti-nantikan, Dragon Quest XII.

Sebelum ini diumumkan pada tahun 2021 sebagai The Flames of Fate, sekuel akan datang ini telah dinamakan semula sebagai Dragon Quest XII: Beyond Dreams berikutan keputusan untuk memulakan semula pembangunan dari awal.

Pengumuman tersebut dikongsikan oleh pencipta siri berkenaan, Yuji Horii, dan penerbit eksekutif, Yosuke Saito.

Menurut Saito, keputusan untuk reboot projek tersebut di bawah struktur baharu diambil selepas pasukan pembangun menghadapi pelbagai cabaran ketika cuba menentukan bagaimana rupa sebuah mainline entry yang moden.

“Kami sedang bekerja keras untuk XII, tetapi disebabkan oleh penyusunan semula pasukan dan pembangunan yang dimulakan semula, ia akan mengambil masa yang lebih lama sedikit sebelum dapat berada di tangan anda,” jelas Saito. “Usaha untuk versi asal, Dragon Quest XII: The Flames of Fate, menghadapi banyak rintangan sepanjang jalan.

Namun, setelah kami terus berbincang dengan Encik Horii dan menjelaskan bagaimana rupa sebuah game mainline Dragon Quest yang sepatutnya, kami memutuskan untuk mengubah beberapa perkara dan bermula semula dari awal.”

Saito mengakui bahawa membuang usaha yang telah berjalan bertahun-tahun adalah satu keputusan yang sukar, namun beliau yakin ia adalah langkah yang betul.

“Ia merupakan keputusan yang besar, tetapi saya percaya ia adalah langkah yang betul bagi memastikan game Dragon Quest yang seterusnya ini akan menjadi sesuatu yang sangat dicintai oleh semua peminat siri ini,” katanya. “Sebagai sebahagian daripada hala tuju baharu ini, kami juga telah menukar logo dan subtajuk game ini.”

We are proud to announce Dragon Quest XII: Beyond Dreams!

Get your first look at #DQ12 with messages from game designer, Yuji Horii and executive producer, Yosuke Saito here: https://t.co/aNp5zWoxwp pic.twitter.com/dQCdAI6P9V

— DRAGON QUEST (@DragonQuest) May 27, 2026

Apabila The Flames of Fate mula-mula diacah pada Mei 2021, pihak pembangun memberi petunjuk bahawa ia akan membawakan pengalaman yang jauh lebih gelap dan bertemakan dewasa. Logo dan subtajuk baharu yang didedahkan, Beyond Dreams, menunjukkan peralihan dalam hala tuju tema tersebut.

Sebuah teaser trailer yang dikeluarkan semasa acara itu memperkenalkan protagonis permainan, seorang rakan wanita, dan seekor naga humanoid.

“Ia mengisahkan tentang seorang wira muda yang diganggu oleh visi pelik dalam tidurnya,” kata Horii mengenai premis baharu itu.

“Apakah yang ada di sebalik mimpi? Pastinya bukan sebuah dunia kegelapan, sebaliknya masa depan yang cerah dan mengujakan. Game ini telah menuju ke arah yang berbeza daripada apa yang kami umumkan pada asalnya, tetapi saya rasa anda pasti akan menyukainya.”

Walaupun Saito membayangkan bahawa game ini menampilkan “jalan cerita yang hebat,” beliau enggan berkongsi butiran lanjut dan bergurau bahawa pasukan pembangunan akan marah sekiranya beliau mendedahkan terlalu banyak perkara.

Apa yang paling penting, Horii mengesahkan bahawa Dragon Quest XII: Beyond Dreams akan mengekalkan asas seni siri ini dengan menampilkan reka bentuk watak daripada mendiang Akira Toriyama dan skor muzik daripada mendiang Koichi Sugiyama.

Sugiyama telah meninggal dunia pada tahun 2021, manakala Toriyama pada awal tahun 2024. Kedua-dua pencipta ikonik ini sempat menyiapkan sumbangan masing-masing untuk Dragon Quest XII sebelum pemergian mereka.

Ini menjadikan Beyond Dreams sebagai game utama terakhir yang menampilkan hasil kerja kolaborasi daripada trio kreatif asal francais berkenaan.

Disebabkan pembangunan yang dimulakan semula, Square Enix tidak memberikan sebarang jangka masa pelancaran atau menyatakan platform mana yang akan disasarkan oleh Beyond Dreams.

Walaupun perlu menunggu lebih lama, pasukan pembangun berharap agar laluan baharu ini akan menghasilkan babak seterusnya yang hebat untuk siri legenda ini.

Tags: Dragon Quest XII
ShareTweetSend
Previous Post

Harga Steam Deck OLED Melambung Tinggi, Valve Naikkan Harga Susulan Kekurangan Komponen

Next Post

Dragon Quest Monsters: The Withered World Diumumkan Untuk Konsol & PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Dragon Quest Monsters: The Withered World Diumumkan Untuk Konsol & PC

Dragon Quest Monsters: The Withered World Diumumkan Untuk Konsol & PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd